ARKIB

KATEGORI

Buletin

PDRM terima kereta peronda baharu Honda Civic 1.8S

Berita Tempatan

Views

Honda Malaysia hari ini menyerahkan 30 unit daripada jumlah keseluruhan 425 unit Civic 1.8S baharu kepada POLIS Diraja Malaysia (PDRM) yang bakal digunakan sebagai kenderaan peronda (MPV) dan penguatkuasaan. Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Encik Toichi Ishiyama, PDRM merupakan petugas barisan hadapan dalam menjaga keselamatan rakyat sepanjang pandemik COVID-19 ketika ini.

JOM BACA >> INTIP : Honda City Hatchback mula turun ke jalan raya

Tambah beliau, berikutan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pihaknya terpaksa menunda penyerahan kereta ini yang sepatutnya berlangsung pada bulan Mac. Kata beliau lagi, pihaknya gembira kerana PDRM telah memilih model terlaris di segmen C, Civic baharu untuk membantu mereka dalam tugasan harian, penguatkuasaan dan pentadbiran untuk negara.

Menurut portal Malaysia Gazette, MPV baharu itu dilengkapi dengan peralatan sokongan seperti peralatan komunikasi RMPNet, MPV Kit dan peti simpanan serta dua unit dashcam dan Mobile DVR. Majlis penyerahan dilakukan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador yang mewakili PDRM.

JOM BACA >> Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar

Pembekalan kesemua 425 unit MPV dijadualkan selesai pada minggu ketiga Julai tahun ini. Selain itu, PDRM juga akan menerima sebanyak 850 buah MPV bagi tujuan penggantian kenderaan sedia ada meliputi 197 unit model kenderaan Proton X70 1.8 dan 653 unit model kenderaan Honda Civic 1.8.

Pembekalan akan bermula pada Julai 2020 dan selesai pada September nanti. Kenderaan peronda baharu yang dilengkapi dengan teknologi terkini itu bakal meningkatkan lagi kecekapan PDRM dalam melaksanakan tugasan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Friends Of PDRM

JOM BACA >> Satria Neo X : Model ikonik Proton berubah menjadi crossover kompak dua pintu
JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu
JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D
JOM BACA >> Kereta Proton beraksi dalam filem Extraction di Netflix
JOM BACA >> Proton Arena generasi baharu dijelmakan dalam bentuk 3D

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply