ARKIB

KATEGORI

Buletin

COVID-19 : Dron dan UAV bakal digunakan untuk pantau Perintah Kawalan Pergerakan – ATM

Berita Tempatan

Views

Teknologi dron dan pesawat tanpa pemandu (UAV) akan digunakan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi memantau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sebagai usaha membendung wabak COVID-19. Bernama melaporkan, Panglima ATM Jen Tan Sri Affendi Buang berkata, perkara tersebut telah dibincangkan dengan industri tempatan bagi meningkatkan jumlah alatan teknologi yang akan diguna pakai.

JOM BACA >> Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini

Jelas beliau, pihaknya akan menggunakan teknologi dron dan UAV. Perkara ini telah dibincangkan dengan industri tempatan. Meskipun ATM sudah ada (teknologi itu) tetapi jumlahnya perlu ditambah. Tambah beliau, menerusi penggunaan teknologi, ia akan menambah baik (dari sudut) pemantauan.

Kemungkinan (penggunaan dron dan UAV) boleh digunakan dalam sehari dua lagi. Beliau berkata demikian semasa ditemu bual RTM1 dalam program Selamat Pagi Malaysia hari ini. Affendi turut menyatakan ATM komited dalam mencapai objektif Perintah Kawalan Pergerakan, selain bersedia untuk menambah bilangan anggotanya seandainya perlu.

JOM BACA >> TuneD perkenal kit badan khas untuk Proton Saga FLX – Harga bermula dari RM 1,980

Beliau berkata, pihaknya sedaya upaya melihat bagaimana mahu menambah baik tugas mereka supaya lebih efektif. Jadi sekiranya ada keperluan untuk menambah anggota tentera, mereka bersedia untuk melaksanakannya. Kata beliau lagi, perkara ini akan dikaji dan dilihat setiap hari (jika ada keperluan penambahan anggota tentera) dan pihaknya komited dalam melakukan tugas bagi mencapai objektif.

Beliau turut menyeru rakyat Malaysia untuk memberi kerjasama kepada pihak berkuasa dalam usaha membendung wabak COVID-19 demi kemaslahatan bersama. Semalam Affendi memaklumkan seramai 7,500 anggota ATM di seluruh negara merangkumi ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM iaitu laut, udara dan darat diatur gerak setiap hari bagi membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital
JOM BACA >> INTIP : Proton terus menguji SUV kompak X50
JOM BACA >> INTIP : Cik ‘City 2020’ terus diuji
JOM BACA >> Gambaran digital Proton Suprima S generasi baharu
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply