ARKIB

KATEGORI

Buletin

Anggota polis nyaris dirempuh kereta yang cuba lari dari sekatan PKP

Berita Tempatan

Views

Bernama melaporkan, seorang anggota polis nyaris cedera dirempuh sebuah kereta yang bertindak memecut laju selepas ditahan semasa pemeriksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di hadapan sebuah stesen minyak di Kampung Jawa, Jalan Sultan Azlan Shah di Bayan Baru kelmarin.

JOM BACA >> Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini

Menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt A.A Anbalagan, dalam kejadian pukul 5.11 pagi itu, polis telah menahan sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback warna perak dipandu seorang lelaki dan terdapat seorang penumpang hadapan.

JOM BACA >> TuneD perkenal kit badan khas untuk Proton Saga FLX – Harga bermula dari RM 1,980

Jelas beliau, ketika seorang anggota polis meminta lesen serta kad pengenalan dua lelaki tersebut, pemandunya terus memecut kereta untuk lari daripada sekatan itu. Mujurlah anggota yang sedang memegang lampu baton di hadapan kereta itu sempat mengelak daripada dilanggar.

Katanya, polis berjaya menahan dua lelaki masing-masing berusia 36 tahun tersebut di Balik Pulau dan George Town kira-kira 3 petang dan 4.30 petang semalam. Tambah beliau lagi, kedua-duanya masing-masing mempunyai 10 dan 11 rekod lampau berkaitan dadah serta jenayah kini direman bagi siasatan.

KLIK UNTUK BESARKAN

* Foto hiasan

JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital
JOM BACA >> INTIP : Proton terus menguji SUV kompak X50
JOM BACA >> INTIP : Cik ‘City 2020’ terus diuji
JOM BACA >> Gambaran digital Proton Suprima S generasi baharu
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply