ARKIB

KATEGORI

Buletin

Datsun bakal terkubur lagi?

Berita Global

Views

Nampaknya umur jenama Datsun yang dihidupkan semula sejak 2014 mungkin tidak panjang kerana ia bakal kembali berkubur. Jenama tersebut dikatakan antara yang termasuk dalam pelan pemulihan Nissan, yang bakal menamatkan beberapa produk yang tidak menguntungkan dan menutup fasiliti pemasangan yang kurang produktif di seluruh dunia.

Menurut laporan Reuters, pelan pemulihan itu boleh dikatakan bakal menguburkan separuh daripada cita-cita tinggi syarikat itu semasa pentadbiran mantan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Carlos Ghosn yang ditahan atas tuduhan salah laku kewangan.

JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?

Jenama Datsun yang kembali dihidupkan untuk pasaran baharu muncul, tidak menjadi seperti yang diharapkan selepas ia dilancarkan di beberapa negara seperti Indonesia, India, Rusia dan Afrika Selatan pada 2014. Puncanya, walaupun ia merupakan permulaan yang baik, tetapi strategi jenama-bajet ini telah mula ‘memakan jualan’ Nissan sendiri.

Salah satu sumber mengatakan, kedua-dua jenama tersebut terpaksa berebut di pasaran yang hanya memiliki hanya satu atau dua peratus bahagian pasaran dan mereka tidak sepatutnya berbuat demikian. Dengan menutup barisan pengeluaran yang kurang digunakan, ia juga bakal memberi implikasi kepada kilang Nissan dalam pasaran tersebut yang ditugaskan untuk mengeluarkan model Datsun dan juga beberapa kereta kecil.

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang

Kesemua pasaran yang mempunyai kilang di luar China kini sedang dinilai untuk kemungkinan pengurangan dalam kapasiti pengeluaran, tetapi pada masa ini tiada rancangan untuk menutup seluruh kilang atau menutup terus operasi dari mana-mana negara.

Nissan yang bakal mencatatkan keuntungan operasi terendah dalam tempoh 11 tahun juga merancang untuk menamatkan beberapa varian trak pikap Titan yang tidak menguntungkan, seperti model cab-tunggal dan diesel. Amerika Syarikat masih menjadi salah satu daripada pasaran terbesarnya, namun pelan pemulihan itu mungkin akan menuntut satu usaha baru untuk menghentikan amalan syarikat membeli bahagian pasaran dengan menjual modelnya kepada kereta sewa dan operator flit lain dengan diskaun yang besar.

Ia secara tidak langsung telah menjejaskan keuntungan syarikat dan imej jenama tersebut. Mereka kini sedang membersihkan apa yang telah berlaku pada masa lepas dan ketika di era Ghosn, Nissan perlu mencapai objektif jualan walau apa cara sekalipun, dan ia termasuk amalan menjual kereta kepada pelanggan yang membeli secara pukal.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply