ARKIB

KATEGORI

Sukan Permotoran

Alami pelbagai aktiviti menarik di Shell Hillstand sempena perlumbaan MotoGP

Sukan Permotoran

Views

Grand Prix Motosikal Shell (Shell MotoGP) kembali lagi dan bagi meraikannya, Shell menawarkan tiket eksklusif Shell Hillstand untuk menyaksikan acara tersebut yang bakal berlangsung dari 1 – 3 November 2019. Peminat di Shell Hillstand dapat menyaksikan aksi perlumbaan dengan lebih dekat di Turn 13 dan 14 di Litar Antarabangsa Sepang yang turut disediakan dengan dua buah layar LED gergasi.

JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?

Selain itu mereka boleh menyertai pelbagai aktiviti dan hentian pit seperti pameran motosikal Ducati, gerai cenderahati, servis motosikal ‘Tunggang Lalu’ Shell Advance percuma dan baucar Shell V-Power. Terdapat juga beberapa gerai jualan makanan dan minuman semasa acara berlangsung dan antara yang menanti anda di sana adalah Costa Coffee, Tealive dan deli2go.

Pengerusi Shell Malaysia, Datuk Iain Lo berkata, bagi meraikan tahun ke-10 Shell sebagai penaja utama untuk MotoGP Malaysia, mereka telah mengilhamkan Shell Hillstand khusus buat para pengunjung. Katanya, Shell mahu pengunjung merasai sendiri kemeriahan Shell Hillstand di mana mereka berada hampir dengan litar perlumbaan dan pada masa yang sama boleh menyertai pelbagai aktiviti bersama keluarga dan rakan-rakan.

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang

Buat julung kalinya, Shell memperkenalkan Sunset di Hillstand pada 1 November, di mana penonton boleh bertemu dengan penunggang pasukan MotoGP tahun ini. Shell dan rakan teknikal, Ducati Course akan mengambil alih stesen Shell di Lebuhraya KLIA Extension, 43900, Sepang pada 31 Oktober nanti di mana mereka akan menampilkan gerai jualan Ducati dan pulau pam minyak untuk menarik perhatian peminat perlumbaan MotoGP.

Bukan itu sahaja, sesi bertemu pemniat bersama pelumba pasukan Ducati, Andrea Dovizioso dan Danilo Petrucci akan turut diadakan bermula jam 11:30 pagi hingga 12:30 tengah hari di lokasi yang sama.  Para pengunjung berpeluang untuk mengambil bahagian dalam sesi autograf dan bergambar bersama mereka. Tiket untuk Shell Hillstand kini boleh didapati di stesen Shell terpilih dengan harga RM60.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply