ARKIB

KATEGORI

Buletin

Direct Lending dan PETRONAS AutoExpert lancar pelan ansuran perkhidmatan servis kereta patuh syariah

Berita Tempatan

Views

Platform pinjaman digital, Direct Lending telah mengumumkan kerjasama dengan PETRONAS AutoExpert untuk menawarkan pelan ansuran servis kereta sepenuhnya digital yang patuh Syariah buat pemilik kereta.

Melalui kerjasama ini, PETRONAS AutoExpert telah menggunakan model ‘Buy Now Pay Later’ (BNPL), agar perkhidmatan servis kereta menjadi lebih ringkas dan mudah diakses serta dapat mengurangkan beban kepada pengguna.

Pemilik kereta boleh membuat pembayaran mereka dalam tempoh maksimum sehingga 12 bulan di mana-mana 55 pusat PETRONAS AutoExpert di seluruh negara.

PETRONAS AutoExpert akan menerima bil invois secara penuh terlebih dahulu dan ini secara tidak langsung mempromosikan aliran tunai yang sihat dan berpotensi meningkatkan jualan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia Sdn Bhd, Mohd Zameer Zahur Hussain, pembayaran ansuran ini mampu mengurangkan beban perbelanjaan dengan lebih cekap terutama bagi penjagaan kenderaan keluarga.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Dengan hanya tiga langkah mudah, pemohon boleh mendapatkan pembiayaan dengan pantas dengan mengisi butiran mereka di hujung jari sahaja.

Kemudian perlu menyerahkan kad pengenalan bersama penyata bank tiga bulan terkini dan membuat pembayaran pertama, menyediakan pembayaran bulanan serta menandatangani perjanjian pembiayaan.

Para pelanggan PETRONAS AutoExpert boleh memohon pelan ansuran ini melalui imbasan kod QR yang disediakan di pusat PETRONAS AutoExpert yang terlibat.

Kerjasama ini turut menyaksikan PETRONAS AutoExpert akan memperoleh manfaat daripada tawaran inovatif berkenaan tanpa sebarang kos bagi tempoh minimum 2 tahun.

Semua kakitangan PETRONAS juga bakal menikmati kadar pembiayaan yang lebih rendah apabila menggunakan pelan ansuran ini di mana-mana pusat PETRONAS AutoExpert.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Tawaran istimewa ini juga sejajar dengan matlamat syarikat untuk meningkatkan gaya hidup pekerja termasuk pelanggan.

Menurut Kajian Kestabilan Kewangan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), Malaysia telah menyaksikan pertumbuhan model BNPL yang stabil pada 2022, dengan 44 peratus pengguna yang berumur antara 18 dan 30.

Walau bagaimanapun, tidak semua perkhidmatan BNPL patuh Syariah atas tiga sebab, iaitu kewujudan kadar faedah, penglibatan barangan larangan dan ketidakseimbangan dalam terma dan syarat yang tidak mematuhi standard kebenaran Islam.

Pengasas Direct Lending, Hui Yik Seong berkata, pihaknya berbesar hati untuk menawarkan pelan ansuran yang mematuhi prinsip Syariah, memberi manfaat kepada semua, termasuk pelanggan PETRONAS AutoExpert.

Pelan ansuran servis kereta Direct Lending ialah kemudahan pembiayaan patuh Syariah yang disokong sepenuhnya oleh Amanie Advisors, firma Penasihat Kewangan Islam global terkemuka. Sehingga 2023, syarikat ini telah menjalankan lebih daripada 130,000 penilaian kelayakan pinjaman.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply