ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sistem pengeluaran hadapi masalah, Toyota gantung operasi semua kilang di Jepun

Berita Global

Views

Syarikat gergasi industri permotoran Toyota menggantung operasi di semua kilang pemasangannya di Jepun kerana menghadapi masalah dengan sistem pengeluarannya.

Langkah itu menyebabkan pengeluaran domestik di pembuat kereta paling laris di dunia itu terhenti. Kepincangan ini bermakna firma tidak dapat memesan komponen.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Seorang jurucakap memberitahu BBC bahawa firma itu cuba mencari punca masalah itu tetapi pada masa ini tidak percaya ia disebabkan oleh serangan siber.

Awal pagi tadi Toyota menggantung operasi di 12 daripada 14 kilang pemasangannya di Jepun. Kemudian seorang jurucakap memaklumkan pengeluaran di semua 14 kemudahan akan digantung.

Syarikat itu masih belum menyatakan bila ia merancang untuk memulakan semula operasi atau berapa banyak pengeluaran yang terjejas akibat penggantungan itu.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Secara keseluruhan, 14 kilang itu dianggarkan menyumbang kira-kira satu pertiga daripada pengeluaran global Toyota.

Penggantungan itu berlaku ketika pengeluaran Toyota di Jepun berusaha untuk pulih selepas berdepan beberapa siri masalah.

Operasinya terjejas tahun lepas selepas salah satu pembekalnya berdepan serangan siber. Gangguan selama satu hari itu menyebabkan kerugian pengeluaran sekitar 13,000 kereta. – UTUSAN

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply