ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua rancang pemasangan EV ‘mampu milik’ secara tempatan, harga bawah RM100k?

Berita Tempatan

Views

Tidak mahu ‘ketinggalan’ dalam persaingan kenderaan elektrik (EV), Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) merancang untuk membuat pemasangan tempatan (CKD) model EV dengan kerjasama rakan kongsinya dari Jepun.

Menurut Presiden dan CEO Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad, syarikat itu sedang melihat pelbagai cara untuk memperkenalkan EV di pasaran massa pada harga ‘mampu milik’ untuk kebanyakan pengguna di Malaysia.

Pihaknya kini sedang berusaha merapatkan jurang ini dengan sokongan penuh daripada rakan kongsinya. Perodua juga yakin yang mereka mampu menghasilkan sesuatu dalam masa terdekat.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Bajet 2022 memperkenalkan pelbagai insentif untuk EV, termasuk pengecualian duti eksais dan import. Insentif tersebut telah membuka jalan kepada Tesla dan BYD untuk membawa EV mereka ke Malaysia pada harga yang kompetitif.

Walaubagaimanapun, EV yang diimport tidak boleh dijual pada harga di bawah RM100,000 dan ini merupakan mekanisma yang dibuat bagi melindungi operasi pemasangan kereta tempatan.

Sekiranya Perodua mampu mengeluarkan dan memasang EV secara tempatan, ia boleh dijual di bawah harga RM100,000. Namun, rakan kongsi Perodua, Daihatsu Motor Co Ltd masih belum mempunyai kereta elektrik sepenuhnya buat masa ini.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Daihatsu merupakan anak syarikat milik penuh Toyota Motor Corp, yang telah melabur banyak dalam menghasilkan bateri yang lebih cekap dengan objektif untuk menghasilkan model hibrid.

Sebaliknya, pesaing terdekat Perodua iaitu Proton Holdings Bhd, mempunyai rakan kongsi dalam Zhejiang Geely Holdings Group Co, yang mempunyai barisan model EV.

Geely juga mempunyai rancangan untuk melabur sebanyak RM5 bilion di Tanjung Malim, yang dipercayai untuk pengeluaran model EV. – TheEdge Malaysia

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan, kredit Theottle

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply