ARKIB

KATEGORI

Tular

Dua treler pengangkut Perodua kemalangan, pemandu cedera

Tular

Views

Dua pemandu cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah treler membawa muatan pelbagai model kenderaan Perodua di Kilometer 21.3, Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), petang tadi.

Melalui video yang tular hari ini, antara muatan yang dibawa kedua-dua treler tersebut termasuk Ativa, Myvi, Aruz, Alza dan Bezza.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, dalam kejadian pukul 1.52 petang itu, kedua-dua lori treler dipandu secara perlahan di lorong kiri dari Rawang menuju ke Klang.

Tiba di lokasi kejadian, treler di belakang telah melanggar treler di hadapan. Akibat kemalangan itu, muatan yang dibawa oleh kedua-dua treler mengalami kerosakan dan sebuah Myvi telah terjatuh di lokasi kejadian.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Jelasnya, kedua-dua pemandu lori treler yang cedera telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh bagi menerima rawatan dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Saksi kejadian diminta tampil menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Trafik, Sarjan Muhamad Aizuddin Awang di talian 013-900 3499 bagi membantu siasatan. – Utusan TV

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Polis Daerah Petaling Jaya

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply