ARKIB

KATEGORI

Buletin

EPMB peroleh hak eksklusif pasang dan edar EV mini Lingbox, harga bawah RM100k

Berita Tempatan

Views

Pengeluar alat ganti automotif EP Manufacturing Bhd (EPMB) memperoleh hak eksklusif memasang dan mengedarkan kereta elektrik yang dibangunkan Lingbao untuk pasaran Malaysia dan Indonesia.

Menurut Berita Harian, perjanjian lima tahun itu juga memberi pilihan kepada EPMB sama ada mahu menggunakan nama jenamanya sendiri untuk kenderaan elektrik (EV) itu.

Menerusi satu kenyataan, anak syarikat milik penuh EPMB, EP 4Wheeler Sdn Bhd telah menandatangani Perjanjian Pengedar Eksklusif pada 27 Disember 2022 dengan Hubei Dongfeng Power Auto Trade Co Ltd dan Xiamen Tsingyan Hylong Motor Technology Co Ltd untuk memasang dan menjual kereta Lingbox pemanduan kanan.

EPMB diberi hak untuk mengedarkan kereta di bawah jenama sendiri atau jenama Lingbox Auto atau Qingyan Hailong. Usaha ini adalah satu langkah tepat ke arah mencapai cita-cita perdagangan kredit karbon EPMB.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Perjanjian itu berkuat kuasa dari 1 Januari 2023 dan tamat tempoh pada 31 Disember 2027 dan akan diperbaharui secara automatik untuk lima tahun lagi, tertakluk kepada terma dan syarat.

Lingbox ialah salah satu model di bawah jenama kereta Lingbao, yang dimiliki oleh Jiangsu Jemmell New Energy Vehicle Co Ltd yang berpangkalan di China. Lingbox disenaraikan dalam 10 teratas EV bersaiz mini terlaris di China.

Kereta yang dihasilkan di bawah usaha sama ini dijangka menjadi salah satu EV paling mampu milik di bawah RM100,000 di Malaysia.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif EPMB, Lim Sim Yee berkata, perjanjian ini mengukuhkan lagi kehadiran EPMB dalam perniagaan EV, selain perkongsian dengan Kumpulan SAEAN untuk mengeluarkan kereta segmen A secara besar-besaran dan perjanjian untuk mengeluarkan motosikal elektrik berjenama Blueshark untuk pasaran Asia Tenggara.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Lingbox direka sebagai penyelesaian mobiliti elektrik bandar dengan mengutamakan keselamatan dan kemampuan. Model Lingbox pertama, Lingbox Box EV mula memasuki pasaran pada Disember 2020.

EPMB mula menceburi segmen kereta elektrik sejak pemeteraian Memorandum Perjanjian dengan SAEAN Group Inc yang berpangkalan di California pada 17 Oktober 2022 untuk mengeluarkan 20,000 kereta elektrik secara besar-besaran setiap tahun untuk pasaran Asia Tenggara.

Pada 26 September 2022, anak syarikat milik penuh EPMB, EP Blueshark Sdn Bhd(EP Blueshark), menerima Lesen Pengilangan daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk menjalankan aktiviti pemasangan motosikal elektrik.

EPMB telah bekerjasama dengan Sharkgulf Technologies Group Ltd yang berpangkalan di China untuk memasang, mengeluarkan dan mengedarkan EV dua roda berjenama Blueshark di Malaysia dan negara ASEAN yang lain.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply