ARKIB

KATEGORI

Buletin

ETCM perkenal dua warna baharu untuk model Nissan X-Trail dan Serena, kadar facedah 1.88 peratus

Berita Tempatan

Views

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) mengalu-alukan kedatangan tahun Harimau Air dengan pengenalan warna khas tahun baharu untuk model Nissan X-Trail 2.0L Mid dan Nissan Serena 2.0L S-Hybrid Premium Highway Star.

Nissan X-Trail kini ditawarkan dengan pilihan warna baharu Monarch Orange bagi varian X-Trail 2.0L Mid, manakala Nissan Serena S-Hybrid Premium Highway Star pula ditawarkan dengan warna dwi rona gabungan Radiant Red dan bumbung hitam.

JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

Kedua-dua model ini adalah merupakan stok tahun 2022. Sempena meraikan sambutan Tahun Baharu Cina, ETCM turut melanjutkan kadar faedah 1.88 peratus bagi model Nissan terpilih sehingga 28 Februari.

Kempen Tahun Baharu Cina ini seterusnya memberi ganjaran kepada pelanggan yang membeli dan mendaftar kereta Nissan peluang untuk menyertai dan memenangi Baucar Lazada sehingga RM50,000.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X70 MC1 ‘ronda-ronda’ sekitar Tanjung Malim

Selain itu, pelanggan yang memandu uji Nissan Almera Turbo dalam tempoh kempen juga layak memenangi baucar Watsons bernilai RM500.

Untuk maklumat lanjut kunjungi bilik pameran Nissan berhampiran atau layari www.nissan.com.my atau hubungi Talian Khidmat Pelanggan Nissan di 1800-88-3838.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply