ARKIB

KATEGORI

Buletin

Eurozone Automobile – Bengkel Super Premier pertama Etiqa tawar pengalaman mewah dan santai!

Berita Tempatan

Views

Bengkel panel, Eurozone Automobile Sdn. Bhd., baru-baru ini telah diiktiraf sebagai Bengkel Super Premier yang pertama oleh Etiqa. Selain merupakan sebuah bengkel yang berprestasi tinggi, ia memenuhi syarat-syarat ketat yang telah ditetapkan oleh Etiqa, merangkumi tempoh pembaikan pantas sesebuah kenderaan dengan purata masa 14 hari, dan penilaian kepuasan pelanggan pada skala 5 per 5.

Mereka juga berupaya membantu pelanggan untuk mendapatkan kelulusan tuntutan dalam masa hanya 30 minit untuk tuntutan di bawah RM30,000. Menerusi satu kenyataan bersama, Shahrul Azuan Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif, Etiqa General Takaful Berhad dan Fukhairudin Mohd Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif, Etiqa General Insurance Berhad berkata, Bengkel Super Premier ini merupakan sebuah inisiatif dalam memenuhi janji Etiqa untuk perkhidmatan Fast & Easy kepada pelanggan ke tahap yang lebih baik.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

Dilengkapi dengan peralatan yang terkini dan tercanggih, kakitangan Eurozone Automobile dapat menawarkan kepada pelanggan perkhidmatan diagnostik, servis kenderaan, pembaikan elektrik dan mekanikal yang terbaik. Hanya alat ganti tulen yang diluluskan digunakan, serta bahan cat mesra alam, pelincir dan minyak enjin yang berjenama.

Juruteknik yang berkemahiran tinggi di Eurozone Automobile juga berkelayakan sepenuhnya untuk membaiki semua model kereta, menggunakan peralatan yang tercanggih untuk memastikan kenderaan berada dalam keadaan yang terbaik. Sementara menunggu kenderaan dibaiki, pelanggan boleh menikmati kemudahan yang disediakan, termasuklah kafe, gimnasium, ruang riadah, dan juga ruang solat.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Ong Chee Eng, pemilik Eurozone Automobile Sdn. Bhd. berkata pihaknya amat berbesar hati kerana diiktiraf sebagai Bengkel Super Premier Etiqa yang pertama. Tambah beliau, pihaknya sentiasa mengutamakan keperluan pelanggan serta menawarkan kepada mereka perkhidmatan kelas pertama dari mula hingga ia selesai.

Muhammad Azlan Noor Che Mat, Ketua Unit Tuntuan di Etiqa pula berkata Bengkel Super Premier bukanlah bengkel biasa kerana ia diperkenalkan untuk memberikan pelanggan pengalaman tuntutan dan perkhidmatan yang luar biasa. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Eurozone Automobile, layari www.etiqa.com.my.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply