ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ford Ranger generasi baharu rangkul dua anugerah CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023

Berita Tempatan

Views

Pengedar tunggal Ford di Malaysia, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) baru-baru ini telah menerima dua anugerah baharu daripada CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 .

Anugerah ‘Pick-up Truck of the Year‘ telah berjaya diungguli oleh Ranger generasi baharu, manakala ‘Car of the Year‘ pula untuk Ranger Raptor generasi baharu.

Menurut Pengarah Urusan Sime Darby Auto ConneXion-Ford, Turse Zuhair, anugerah-anugerah ini mengukuhkan kedudukan Ranger sebagai pemimpin pasaran dalam segmen pikap premium.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?

Tambah beliau, pihaknya yakin kedua-dua model ini akan terus menjadi pilihan utama di kalangan pengguna dan peminat pikap di seluruh negara.

Ford Ranger generasi baharu menampilkan reka bentuk yang dikemas kini dengan aerodinamik yang lebih baik dan keselesaan kabin yang ditingkatkan.

Ia ditawarkan dengan pelbagai enjin yang mantap dan efisien dengan teknologi intuitif serta rangkaian ciri keselamatan terbaik dalam kelas.

JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k

Sembilan varian ditawarkan untuk pasaran Malaysia, bermula dari versi bekerja asas XL Single Cab hingga model gaya hidup premium, WildTrak dan Ranger Raptor berprestasi tinggi.

Ranger Raptor generasi baharu pula ditawarkan dengan dua pilihan enjin, sama ada petrol atau diesel. Enjin petrol EcoBoost V6 Twin-Turbo 3.0 liter mampu menjana 397 PS dan 583Nm daya kilas.

Manakala enjin diesel Bi-Turbo 2.0 liter pula menghasilkan kuasa sehingga 210 PS dan 500 Nm daya kilas dengan penggunaan bahan api yang cekap, iaitu 8.2 liter/100km.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply