ARKIB

KATEGORI

Buletin

PLUS dan Gentari lancar Stesen Pengecas Pantas EV Modular Mudah Alih

Berita Tempatan

Views

Hari ini berlangsungnya majlis pelancaran Stesen Pengecas Pantas Kenderaan Elektrik Modular Mudah Alih yang dilengkapi dengan Sistem Simpanan Kuasa Bateri (BESS), di Hentian Sebelah Behrang (Arah Utara).

Ia merupakan hasil kolaborasi antara PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan Gentari Sdn Bhd (Gentari), menerusi anak syarikat milik penuhnya, Gentari Green Mobility Sdn Bhd (Gentari Green Mobility).

Majlis telah disempurnakan oleh Menteri Kerja Raya Malaysia, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi. Beliau percaya kolaborasi ini akan memainkan peranan penting dalam memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk menyokong penyelesaian pengangkutan rendah karbon.

Ini juga selari dengan objektif yang terkandung dalam Pelan Malaysia Ke-12 (RMK-12), Pelan Hala Tuju Teknologi Hijau Malaysia (GTMP) dan Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon (LCMB).

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Nik Airina Nik Jaffar berkata, pihaknya komited untuk menyokong dan menyumbang kepada agenda kelestarian negara.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?

Tambah beliau, pihaknya mensasarkan untuk menyediakan 100 stesen pengecas EV DCFC di seluruh rangkaian Lebuhraya PLUS menjelang tahun 2025.

Pengecas bersepadu untuk kegunaan awam yang dilengkapi oleh Sistem Simpanan Kuasa Bateri (BESS) serta penggunaan tenaga solar ini merupakan yang pertama seumpamanya di negara ini.

Kemudahan ini akan dilancarkan secara berperingkat pada tahun 2023 dan 2024, bermula dengan projek rintis di empat Hentian Sebelah di sepanjang Lebuhraya PLUS.

Setiap lokasi akan mempunyai kuasa pengecasan DC sehingga 200 kW, dan empat titik pengecasan akan disediakan.

Empat lokasi yang dicadangkan ialah Hentian Sebelah Behrang (Arah Utara dan Arah Selatan) di Perak dan Hentian Sebelah Senawang (Arah Utara dan Arah Selatan) di Negeri Sembilan.

Tiga lagi lokasi akan dirancang di Hentian Sebelah Ajil (Arah Utara dan Arah Selatan) dan Kawasan Rehat & Rawat Perasing, yang terletak di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), Terengganu.

JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k

Di samping itu, beberapa titik pengecas Alternating Current (AC) di stesen minyak Petronas sedia ada di kawasan rehat dan rawat (R&R) dan hentian sebelah akan dinaik taraf kepada titik pengecas DC Pantas (DCFC).

Gentari juga akan membangunkan titik pengecas DCFC di stesen minyak Petronas sepanjang Lebuhraya PLUS dan lokasi berdekatan, yang dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2024.

Inisiatif ini juga merupakan sebahagian daripada perancangan strategik lebuh raya untuk memberikan keyakinan jarak kepada pengguna-pengguna EV yang melakukan perjalanan rentas negeri.

Sejak diperkenalkan pada Jun 2022 sehingga kini, Gentari telah menyediakan lebih daripada 180 titik pengecasan di Malaysia dan lebih daripada 160 poin pengecasan di India, melalui rakan stategik syarikat.

Misi Gentari adalah untuk menjadi rakan penyelesaian tenaga bersih yang terbaik di Asia Pasifik menjelang tahun 2030.

Gentari juga berhasrat untuk menguasai lebih daripada 10 peratus pasaran titik pengecasan kenderaan EV di pasaran-pasaran utama di Asia Pasifik.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply