ARKIB

KATEGORI

Tular

Tunggang Yamaha Lagenda secara berbahaya, penghantar makanan ditahan

Tular

Views

Penghantar makanan yang dirakam melakukan aksi berbahaya ketika menunggang motosikal di jalan raya di Ampang, ditahan polis, hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, lelaki berusia 45 tahun itu ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah di rumahnya di Kampung Cheras Baru, pada 10.30 pagi.

Menurutnya, pihaknya sebelum itu mengesan video yang dimuat naik pemilik akaun Twitter yang memaparkan aksi penunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

“Lelaki itu duduk di atas kotak barang yang diletakkan di tempat duduk pembonceng dengan kedua-dua tangan dilepaskan dari pemegang motosikal, dalam kelajuan yang boleh mendatangkan bahaya kepada dirinya dan pengguna jalan raya lain.

“Hasil siasatan, polis mengenal pasti penunggang terbabit dan berjaya menahannya selain turut merampas motosikal digunakan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, semakan mendapati suspek mempunyai dua waran tangkap atas kesalahan trafik. Bagaimanapun, katanya, ujian saringan air kencing dilakukan mendapati suspek negatif dadah.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Mohamad Farouk berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan.

Beliau turut memohon kerjasama pemilik akaun Twitter @jnmalaysia dan perakam video itu supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik IPD Ampang Jaya, Inspektor Muhamad Yusaiful Muhamat Basir di talian 011-13078348 atau tampil di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Terdahulu, rakaman video berdurasi 12 saat tular yang memaparkan aksi penunggang motosikal terbabit tular di media sosial. – Harian Metro

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply