ARKIB

KATEGORI

Buletin

FUSO rai sambutan ulang tahun ke-60, pemenang hadiah utama cabutan bertuah bawa pulang Mercedes-Benz C200

Berita Tempatan

Views

Sempena meraikan sambutan ulang tahunnya yang ke-60, FUSO telah mengadakan acara cabutan bertuah akhir pada 5 Mac lalu di Menara Hap Seng 3.

Acara tersebut telah mendapat sambutan dan penyertaan yang menggalakkan daripada para peniaga dan pelanggan, dengan menekankan komitmen FUSO yang berkekalan dalam memupuk hubungan yang kukuh dalam komunitinya.

Acara kemuncak pada petang itu adalah pengumuman pemenang hadiah utama, iaitu Sam Global Marketing, yang telah memenangi sebuah Mercedes-Benz C200 yang bernilai RM 293,000.00.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Bukan itu sahaja, sepuluh lagi pemenang bertuah telah menerima baucar Alat Ganti dan Servis FUSO yang bernilai sebanyak RM 1,000 setiap satu.

Dalam acara itu juga, para tetamu turut diberi peluang untuk menonton satu video eksklusif yang memaparkan model FUSO yang akan tiba ke Malaysia tidak lama lagi.

Pandangan awal model ini menunjukkan dedikasi FUSO terhadap inovasi dan penambahbaikan berterusan, dalam memastikan para pelanggan kekal di barisan hadapan teknologi dan reka bentuk terkini.

Ketua Eksekutif Hap Seng Truck Distribution Sdn. Bhd., Encik Derrick Sim, berkata, pihaknya amat berbangga atas kejayaan acara tersebut dan mengulangi komitmen HSTD terhadap kelestarian dan amalan perniagaan yang progresif.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Beliau menegaskan, pihaknya sentiasa berfikir selangkah ke hadapan untuk memastikan perniagaan rakan kongsi berkembang maju secara lestari, dari segi alam sekitar dan ekonomi.

Tambah beliau lagi, tahun ini juga menyaksikan pengenalan TF Canter, trak ringan Euro 5 pertama di Malaysia yang mesra alam dan bakal memberikan manfaat jangka panjang kepada rakan kongsi.

Beliau juga merakamkan penghargaan yang tidak terhingga buat para peniaga dan pelanggan yang telah memberi sokongan tidak berbelah bahagi.

Acara Cabutan Bertuah Ulang Tahun ke-60 FUSO bukan sahaja meraikan kecemerlangan selama enam dekad, malah sebagai bukti komitmen FUSO yang teguh untuk memacu inovasi dan mencipta nilai untuk rakan kongsi dan pelanggannya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply