ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton rasmi Pusat Pemasangan Cermin Gelap di Tanjung Malim, kapasiti sehingga 5,000 unit kenderaan sebulan

Berita Tempatan

Views

Proton telah merasmikan pembukaan Pusat Pemasangan Cermin Gelap miliknya yang terletak di Tanjung Malim. Fasiliti baharu itu mempunyai keupayaan untuk memasang cermin gelap sehingga 5,000 unit kenderaan sebulan.

Pemasangan cermin gelap keselamatan mula diperkenalkan sebagai aksesori standard untuk Proton X90  varian Flagship dan Premium sejak pelancarannya pada 7 Mei 2023.

Ia kemudiaannya diikuti oleh Proton S70 yang diperkenalkan pada November tahun lalu menerusi dua varian, iaitu Flagship dan Flagship X.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Pemasangan cermin gelap keselamatan sebagai aksesori standard ini juga akan turut ditawarkan pada model-model Proton yang lain dalam masa yang terdekat.

Terdapat banyak kelebihan apabila pemasangan cermin gelap dikendalikan oleh Pengilang Peralatan Asal (OEM), berbanding dengan pemasangan selepas pembelian kenderaan.

Ini termasuk ketepatan dan kemasan yang lebih baik menggunakan cetakan pra-potong, langkah jaminan kualiti yang ketat, pematuhan kepada peraturan JPJ dan pencegahan kerosakan sekunder yang biasanya dikaitkan dengan pemasangan selepas pasaran.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Pelanggan juga boleh menikmati waranti perbatuan tanpa had selama 5 tahun untuk semua perkhidmatan pemasangan cermin gelap, sekali gus membuktikan komitmen Proton yang menekankan kepuasan pelanggan dan ketahanan produk.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Roslan Abdullah, pembukaan pusat pemasangan cermin gelap ini merupakan satu langkah penting ke arah komitmen Proton untuk menyampaikan produk berkualiti dan nilai tambahan kepada pelanggan.

Tambah beliau, Proton juga mempunyai kawalan kualiti yang lebih baik dan boleh menawarkan ketenangan fikiran kepada pelanggan.

Dengan kapasiti pemasangan sebanyak 5,000 unit kenderaan sebulan, pusat ini juga bersedia untuk menghadapi sebarang peningkatan volum dalam jangka masa pendek kerana lebih banyak model dalam rangkaian Proton akan ditawarkan dengan cermin gelap sebagai aksesori standard.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply