ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lori Gardenia (BKK 3140) hilang di KL, ditemui di Kijal

Tular

Views

Kebelakangan ini nama roti Gardenia sering menjadi sebutan, kerana sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), permintaan roti jenama itu semakin meningkat, hinggakan pihak syarikat terpaksa meningkatkan kapasiti pengeluaran kepada 2.2 juta buku roti sehari menerusi lima kilang yang beroperasi 24 jam.

JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?

Bahkan kegilaan terhadap roti Gardenia semakin menjadi-jadi hingga menyebabkan salah seorang pemandu lorinya dibelasah gangster di Taman Sri Botani Ipoh, gara-gara pemandu lori tersebut menegur salah seorang pelanggan wanita supaya tidak membeli dalam kuantiti yang terlalu banyak.

JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai

Hari ini timbul satu lagi kejadian yang melibatkan Gardenia, tular di Facebook kes kehilangan sebuah lori roti jenis Hicom Perkasa, nombor pendaftaran BKK 3140 yang dilarikan di Kuala Lumpur beberapa jam yang lalu. Namun kira-kira dua jam yang lalu, pemilik akaun Facebook Mohamad Khairi Mansor memaklumkan lori tersebut telah berjaya ditemui di Kijal, Terengganu.

Lori itu ditinggalkan di hadapan Masjid Kampung Beris Meraga, Kijal, namun pencurinya dipercayai telah melarikan diri dan muatan roti di dalamnya masih lagi ada. Apa yang mencuri perhatian adalah, komen dari warganet yang rata-rata berpendapat lori tersebut dicuri kerana ‘si pencuri ingin pulang ke kampung tanpa di tahan oleh pihak berkuasa’ yang kini sedang membuat sekatan jalan besar-besaran.

Macam-macam lah warganet ni kan?

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini
JOM BACA >> TuneD perkenal kit badan khas untuk Proton Saga FLX – Harga bermula dari RM 1,980
JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital
JOM BACA >> INTIP : Proton terus menguji SUV kompak X50
JOM BACA >> INTIP : Cik ‘City 2020’ terus diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply