ARKIB

KATEGORI

Buletin

Geely siar foto acah trak pikap elektrik RADAR, bakal dilancar bulan ini

Berita Global

Views

Geely buat julung kalinya menayangkan foto acah pertama trak pikap elektrik RADAR. Meskipun masih berahsia mengenainya, foto-foto acah ini memperlihatkan pikap ‘crew cab‘ yang mempunyai jeriji nipis bersama bar krom yang terus bersambung dengan lampu siang (DRL).

Lampu depannya menggunakan jenis LED, manakala rekaan bamparnya nampak aggresif dengan salur udara yang besar. Sebenarnya, ia adalah Geely Hao Yue/Okavango yang telah di’sumpah’ menjadi trak kerana reka bentuk keseluruhannya banyak dipengaruhi crossover MPV tersebut.

Tatkala Proton kian ‘rancak’ menguji SUV tujuh tempat duduk terbaharu mereka iaitu Proton X90, muncul pula beberapa imej paten trak pikap yang berasaskan kembarnya iaitu ujian Geely Hao Yue/Okavango di laman sosial.

Reka bentuk bahagian belakangnya juga masih dipengaruhi dengan kembar Proton X90, menggunakan lampu jenis LED melintang yang bersambung, cuma diubah kepada gaya pikap dengan lantai rata dan injak sisi. Kelihatan juga tertera perkataan “GEELY” yang timbul pada bawah pintu belakang.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

Akronim RADAR adalah singkatan daripada Rational, Alone, Discovery, Accompany, dan Romantic. Dalam artikel terdahulu, unit ujian model tersebut telah berjaya diintip dan besar kemungkinan ia akan menggunakan trenkuasa elektrik (EV).

Selain itu, ia juga menggunakan sistem suspensi multilink di bahagian gandar belakang dan bakal dilancarkan hujung bulan ini. Dijangka lebih banyak siri iklan acah model ini dalam masa terdekat, nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply