ARKIB

KATEGORI

Buletin

Getah tak pengaruhi kenaikan harga tayar kenderaan

Berita Tempatan

Views

Harga getah asli tidak mempengaruhi harga tayar kenderaan secara terus meskipun harga komoditi itu kini menjunam ke paras RM2.30 sekilogram.

KOSMO! ONLINE melaporkan, Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia (LGM), Datuk Dr. Zairossani Mohd. Nor menjelaskan, kenaikan harga tayar di luar kawalan LGM meskipun harga getah asli jatuh ketika ini.

Ujar beliau, kita tidak boleh kaitkan harga getah asli dengan tayar ken­deraan kerana yang menentukan harga tayar adalah syarikat pengeluar tayar itu sendiri.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan Kosmo! Rabu lalu mengenai harga tayar yang sudah mengalami kenaikan antara tiga hingga enam kali tahun ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, kenaikan harga tayar turut melibatkan kos yang lain. Getah asli sebahagian sahaja dalam pembuatan tayar, getah yang diguna pakai sewaktu buat tayar hanya 10 ke 15 peratus sahaja, manakala tayar bas dan lori 20 ke 30 peratus dan lain adalah bukan berkaitan getah.

Untuk mengatakan harga tayar naik disebabkan getah adalah tidak adil, perlu kira kos logistik, upah pekerja dan bahan yang lain juga. Pihaknya juga menghadapi kenaikan harga dari sudut ber­kenaan.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Tambah beliau, selain itu antara faktornya adalah China pengguna terbesar getah masih berada di dalam tempoh ‘lockdown. Aktiviti pengilangan di China pada tahap yang rendah membuatkan permintaan getah me­nurun.

Ini termasuk negara Eropah yang sedang bergolak. Setakat ini, harga getah turun naik. Untuk rekod, pengeluaran getah asli meningkat 21.2 peratus pada Julai 2022 (36,006 tan metrik) berbanding pada Jun 2022 (31,369 tan metrik), perbandi­ngan tahun ke tahun me­nunjukkan pengeluarannya menurun 21.8 peratus (Julai 2021: 48,610 tan metrik).

Eksport getah asli Malaysia berjumlah 53,771 tan metrik pada Julai 2022 menurun 8.4 pe­ratus berbanding Jun 2022 (58,685 tan metrik) dan China terus menjadi destinasi utama berjumlah 48.1 peratus daripada jumlah keseluruhan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply