ARKIB

KATEGORI

Buletin

GWM Malaysia serah ORA GOOD CAT kepada Tengku Zafrul untuk dipandu uji

Berita Tempatan

Views

Great Wall Motor Malaysia (GWM Malaysia) semalam telah menyerahkan sebuah kereta elektrik ORA GOOD CAT kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Bin Tengku Abdul Aziz di pejabatnya.

ORA GOOD CAT itu akan digunakan untuk tujuan pandu uji lanjutan, di mana jabatan berkaitan di bawah MITI akan mengkaji corak penggunaan harian kenderaan elektrik itu.

Inisiatif ini bertujuan untuk mempercepatkan pembangunan kenderaan elektrik, selaras dengan keutamaan semasa.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Dalam rancangannya untuk mendorong pasaran EV baru-baru ini, Tengku Zafrul berkata kerajaan menyasarkan untuk menarik RM20 bilion pelaburan EV menjelang 2025.

Sebagai hab pembuatan elektrik dan elektronik terkemuka di ASEAN, Malaysia mempunyai ramai tenaga kerja berbakat yang disokong oleh dasar NAP dan ekosistem EV sedia ada.

Ujar beliau, industri EV perlu dilihat secara holistik, termasuk beberapa faktor seperti perisian, teknikal, peralatan, kejuruteraan dan lain-lain, kerana ia memainkan peranan penting dalam mencapai sasaran sifar pelepasan gas rumah hijau menjelang 2050.

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!

Presiden Wilayah ASEAN Great Wall Motor, Elliot Zhang, pula menambah, kerjasama strategik dengan kerajaan Malaysia akan membantu mempercepatkan pertumbuhan dan penggunaan penyelesaian pengangkutan mampan di rantau ini.

Baru-baru ini, GWM Malaysia telah menyerahkan sebuah ORA GOOD CAT 500 Ultra kepada Setiausaha Agung MITI untuk beberapa siri pandu uji.

GWM Malaysia akan membawa lebih banyak kenderaan tenaga baharu ke pasaran dan kekal komited untuk mempromosikan kemampanan di Malaysia.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply