ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hafizh Syahrin buka francais kedai gunting rambut

Berita Tempatan

Views

Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah mengorak langkah baharu dengan membuka francais perniagaan kedai gunting rambut di bawah jenama Nimroc Barbershop di Taman Dagang, Ampang semalam.

Menurut Bernama, pelumba kelahiran Selangor itu berkata, beliau sudah lama menyimpan hasrat untuk memulakan perniagaan sendiri yang merupakan peluang kepada dirinya menjana pendapatan selepas tidak lagi aktif dalam sukan permotoran pada masa akan datang.

JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas Nimroc Barbershop, Ardy Damis, memaklumkan syarikat itu menawarkan peluang membuka francais kedai gunting rambut kepada Hafizh Syahrin, yang juga merupakan pelanggan setia kedai berkenaan yang mula beroperasi sejak 2011.

Jelas usahawan berusia 33 tahun itu, bermula tahun ini pihaknya telah memutuskan untuk mengembangkan perniagaan mereka dan Hafizh Syahrin adalah individu terawal yang telah ditawarkan untuk membuka francais pertama bersama Nimroc.

JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!

Pembukaan Nimroc Barbershop di Taman Dagang itu adalah cawangan kelima selepas di Shah Alam, Danau Kota, Taman Maluri dan Damansara Perdana. Dalam perkembangan berasingan, Hafizh berharap dapat mencari keserasian terbaik dengan jentera NTS pada sesi ujian rasmi Moto2 dan Moto3 musim 2021 yang bakal berlangsung di Litar Jerez, Sepanyol dari 16 hingga 18 Mac depan.

Beliau yang akan beraksi dengan pasukan NTS RW Racing GP pada saingan Moto2 musim depan kini bergelut untuk menyesuaikan diri dengan jentera tersebut susulan hujan lebat ketika menjalani ujian sulung di litar sama pada bulan lalu menyaksikannya menduduki tangga ke-10 keseluruhan selepas melakukan 71 pusingan.

Beliau turut mengakui terdapat kelebihan dan kekurangan pada jentera berkenaan berbanding beberapa jentera lain termasuk Kalex, MV Augusta dan Speed Up yang digunakan pasukan Moto2 pada musim lepas. Katanya, beliau percaya jentera ini akan menjadi pencabar seperti Kalex dan Speed Up pada masa akan datang.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Nimroc

JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu
JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?
JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?
JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply