ARKIB

KATEGORI

Sukan Permotoran

Hakim Danish muncul juara keseluruhan Idemitsu Asia Talent Cup 2022

Berita Tempatan

Views

Hakim Danish Ramli mencipta sejarah apabila menjadi pelumba pertama Malaysia yang merangkul gelaran juara keseluruhan Idemitsu Asia Talent Cup bagi musim 2022.

Menurut Berita Harian, biarpun hanya menamatkan perlumbaan di tempat kedua dalam perlumbaan kedua di Litar Antarabangsa Mandalika di Indonesia hari ini, ia sudah memadai buat pelumba berusia 15 tahun itu untuk mengesahkan kejuaraannya musim ini.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Hakim Danish unggul apabila mengumpul keseluruhan 187 mata untuk mengatasi pelumba Jepun, Shinya Ezawa yang mengutip 177 mata ketika pencabar terdekatnya sekadar meraih tempat ketiga dalam perlumbaan hari ini.

Pada perlumbaan bersempena Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) itu, juara menjadi milik Veda Ega Pratama yang menduduki tempat ketiga keseluruhan dengan 141 mata.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Dia juga berjaya muncul juara dalam perlumbaan pertama semalam, yang menyaksikan Hakim Danish menduduki tempat ketiga dan Carter Thompson (Australia) melengkapkan podium di kedudukan kedua.

Pencapaian Hakim Danish yang berasal dari Kuala Terengganu, Terengganu itu dibantu dengan kejayaan dia membolot kedua-dua gelaran juara pada perlumbaan di litar yang sama pada pusingan kedua Mac lalu.

Selepas itu dia berjaya muncul juara di pusingan keempat di Litar Antarabangsa Chang Thailand dalam perlumbaan pertama. Dia juga meraih kejuaraan dalam perlumbaan kedua di pusingan kelima di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Asia Talent Cup

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply