ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hampir 45K penerima BSH yang layak terima bantuan Program Subsidi Petrol tiada akaun bank – Saifuddin Nasution

Berita Tempatan

Views

Portal rnggt.com melaporkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata hampir 45,000 daripada 2.86 juta penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) merupakan golongan B40 yang layak menerima bantuan Program Subsidi Petrol (PSP) tidak memiliki akaun bank bagi penyaluran bantuan tersebut.

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang

Memetik laporan Bernama, pihak KPDNHEP akan membantu dengan mengadakan perbincangan bersama institut perbankan tempatan untuk membuka akaun kepada pihak berkenaan. Kata Saifuddin, pihaknya akan membantu dan berbincang dengan bank-bank tempatan, apakah boleh membuka akaun bank yang bersifat baki sifar (zero balance), di mana mereka hanya memiliki nombor akaun sahaja.

Jelasnya lagi, menerusi program itu kerajaan akan menyalurkan bantuan tunai yang akan dikreditkan terus ke akaun penerima bagi setiap 4 bulan sekali. Sebelum ini, Saifuddin telah mengumumkan penerima BSH yang memiliki kereta 1600cc dan ke bawah serta kereta melebihi 1600cc yang berusia 10 tahun dan ke atas layak menerima bantuan PSP.

JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini

Selain itu, mereka yang memiliki motosikal 150cc dan ke bawah serta motosikal melebihi 150cc yang berusia 7 tahun dan ke atas turut layak menerima bantuan tersebut. Kadar subsidi tersebut adalah berjumlah RM30 sebulan bagi kereta dan RM12 sebulan untuk motosikal. Program ini bakal memberi manfaat kepada 2.86 juta penerima.

Walaubagaimanapun, program tersebut tidak melibatkan pengguna Sabah, Sarawak dan Labuan kerana mereka menikmati subsidi petrol secara pukal iaitu pada harga runcit semasa RM2.08 sen seliter. Program Subsidi Petrol akan mula dilaksanakan pada 1 januari 2020. Status kelayakan untuk program ini boleh mula disemak mulai 15 Oktober 2019.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply