ARKIB

KATEGORI

Buletin

Menteri Pengangkutan sokong Projek Percubaan Bas Midi

Berita Tempatan

Views

Semalam laman Facebook rasmi Rapid KL melaporkan, Menteri Pengangkutan, YB Loke Siew Fook telah mengadakan ‘Tinjauan Operasi Bas Mini’ bersama wakil-wakil media bermula dari hentian bas di Stesen LRT Ampang. Beliau yang yang diiringi oleh Ketua Pegawai Operasi (Operasi) Kumpulan Prasarana, Encik Muhammad Nizam Alias, menggunakan perkhidmatan bas sokongan atau ‘feeder busLaluan T304, yang membawa rombongan itu sekitar kawasan Pandan Indah melalui Jalan Ampang, Taman Kosas dan Bukit Indah Utama.

Bas berkenaan berhenti di Hab Bas Bukit Indah, Ampang di mana YB Loke dibawa pula meninjau laluan-laluan yang lebih mencabar di Laluan T300 yang melalui Jalan Kolam Air Lama, Jalan Wira, Jalan Dedap dan Jalan Bukit Utama sebelum sampai ke Hab Bas Ampang Point di mana beliau diberikan penerangan lanjut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus, Encik Muhammad Yazurin Sallij dan pasukannya mengenai projek percubaan bas midi, yang dilancarkan September lepas.

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang

Tinjauan Menteri diteruskan untuk perkhidmatan bas sokongan T784 dari Stesen LRT Taman Bahagia ke Damansara Utama, yang hari ini menggunakan bas midi ‘Poncho’, yang dipinjamkan oleh HINO Malaysia kepada Rapid Bus untuk projek percubaan berkenaan. Bas sepanjang 8 meter yang mesra OKU dengan ruang khas untuk kerusi roda ini digunakan dengan meluas di Jepun dan Australia.

YB Loke menyuarakan rasa puas hati dengan projek percubaan yang dijalankan oleh Rapid Bus dan bersetuju dengan impak positif yang dihasilkan daripada eksperimen berkenaan termasuk peningkatan dalam jumlah penumpang.

Menurut beliau, kaji selidik oleh Rapid KL menunjukkan bahawa ramai penumpang menyokong penggunaan bas bersaiz lebih kecil ini di laluan-laluan sokongan atau ‘feeder routes’ kerana laluan-laluan yang sempit dan kerap terhalang oleh kenderaan-kenderaan yang dipakir di bahu jalan. Kaji selidik berkenaan turut menunjukkan bahawa bas midi mampu perkhidmatan yang lebih efisien, cepat dan lebih mudah untuk dikendalikan.

JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini

Justeru kata YB Loke, kerajaan akan membuat kajian mengenai cara untuk untuk memperluaskan perkhidmatan bas bersaiz kecil ini di laluan-laluan ‘feeder’ yang sesuai sementara laluan-laluan utama akan terus menggunakan bas-bas biasa sepanjang 12 meter dan 10 meter.

Mengulas tinjauan operasi bas mini hari ini, Muhammad Yazurin merakamkan ucapan penghargaan kepada YB Menteri atas keperihatinan dan sokongan beliau terhadap inisiatif-inisiatif yang dijalankan Rapid Bus untuk memantapkan lagi operasi dan perkhidmatan bas untuk orang ramai.

Katanya, kehadiran dan sokongan beliau tentunya menguatkan lagi semangat dan komitmen mereka untuk terus meningkatkan kualiti perkhidmatan. Selain isu bas midi, mereka juga berpeluang berkongsi masalah-masalah operasi yang sering dihadapi seperti hab-hab bas yang memerlukan penambahbaikan oleh pihak Majlis.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply