ARKIB

KATEGORI

Buletin

Harga rasmi BMW i7 xDrive60 M Sport diumumkan – RM 729,800

Berita Tempatan

Views

BMW Malaysia telah mengumumkan harga rasmi bagi model sedan elektrik BMW i7 baharu untuk pasaran Malaysia.

Ia ditawarkan dengan varian M Sport dengan harga jualan RM 729,800.00 (atas jalan, tanpa insurans) dan merupakan model ketiga dalam portfolio BMW 7 Series, selepas BMW 750e xDrive dan BMW X7 xDrive40i Pure Excellence baharu.

BMW i7 xDrive 60 elektrik baharu ini didadatngkan dengan jaminan lanjutan selama 5 tahun termasuk pakej servis. Reka bentuknya menampilkan bahasa reka bentuk BMW yang terkini, iaitu “Forwardism“.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Rangkaian kuasa elektriknya mampu menghamburkan 544 kuasa kuda dengan jarak operasi sejauh 600 kilometer (WLTP).

Dari segi prestasi, model ini mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa 4.7 saat dan mencapai kelajuan maksimum 240 km/j.

Penampilan luaran memperlihatkan lampu hadapan kristal BMW Iconic Glow rekaan terpisah, dengan bingkai jeriji ‘kidney‘ yang beriluminasi.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Model ini ditawarkan dengan pelan pembiayaan “Straight Line” yang disediakan oleh BMW Group Financial Services Malaysia.

Ia boleh dimiliki menerusi pelan ansuran bulanan yang bermula daripada RM 8,401.00 (berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80 peratus bagi tempoh tujuh tahun).

Pemilik jentera elektrik BMW i7 xDrive 60 turut menikmati Pengalaman Pemilikan Premium yang dijanjikan oleh BMW Group Malaysia, yang meliputi:

  • Waranti Tanpa Had Perbatuan 5 Tahun berserta Program Servis Berjadual Percuma oleh BMW
  • Bantuan Tepi Jalan dan Talian Kemalangan oleh BMW
  • Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ – Kad Keistimewaan BMW
  • Servis Dalam Talian BMW

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply