ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tiga beradik yatim piatu, ibu bapa maut Myvi bertembung dengan treler

Berita Tempatan

Views

Tiga beradik menjadi yatim piatu sekelip mata, selepas ibu bapa mereka maut apabila kereta dinaiki mereka terbabit nahas dengan treler di KM 25 Jalan Raya Timur-Barat berhampiran Hentian Titiwangsa, di Gerik, hari ini.

Dalam kejadian itu, Mohamad Nasir, 51, bersama isterinya, Rohaya Harun, 46, maut di tempat kejadian, manakala tiga anak mereka berusia antara tujuh hingga 14 tahun cedera parah.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Tiga anak pasangan itu dikenali sebagai Mohamad Zarith Mohamad Nasir, 7; Nur Auni Batrisya Mohamad Nasir, 12; dan Mohamad Amir Zaqwan Mohamad Nasir,14.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Gerik, Che Ros Che Hassan, berkata panggilan kejadian diterima jam 1.10 tengah hari sebelum anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik digerakkan ke lokasi.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Katanya, nahas membabitkan Perodua Myvi itu dengan sebuah lori treler muatan simen, namun pemandu treler berkenaan bagaimanapun selamat.

Ada lima mangsa menaiki Perodua Myvi terbabit iaitu pasangan suami isteri yang maut di tempat kejadian, selain tiga kanak-kanak di dalamnya cedera meliputi dua kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan.

Dua mangsa yang maut itu bagaimanapun tidak tersepit dan disahkan maut oleh pasukan perubatan di tempat kejadian. Lelaki yang memandu treler berkenaan bagaimanapun selamat. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply