ARKIB

KATEGORI

Tular

Nombor plat ‘Isteri PM’ pada Toyota Vellfire bukan permintaan Wan Azizah

Tular

Views

Gambar yang tular di media sosial melibatkan plat kenderaan isteri Perdana Menteri bukan atas permintaan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Safar Untong menjelaskan, sebaliknya sudah menjadi amalan kerajaan negeri untuk menyediakan kenderaan itu kepada tetamu kenamaan (VIP) semasa lawatan kerja dan lawatan rasmi ke Sabah.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Beliau mengambil perhatian bahawa pada hari ini gambar plat kenderaan isteri Perdana Menteri yang diambil di sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu telah tular di media sosial.

“Adalah menjadi amalan kerajaan negeri Sabah bertanggungjawab menyediakan kemudahan kenderaan bagi Perdana Menteri dan isteri, Timbalan-timbalan Perdana Menteri dan isteri serta yang melibatkan kehadiran tetamu-tetamu VIP ke Sabah semasa lawatan kerja dan lawatan rasmi, ” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Menurutnya, kemudahan kenderaan yang disediakan termasuklah meletakkan plat kenderaan atas nama gelaran jawatan tetamu dan isteri yang menggunakan kenderaan tersebut.

Kerajaan negeri Sabah menyediakan kenderaan mengikut kesesuaian jadual perjalanan semasa berada di Kota Kinabalu. Plat yang ditularkan adalah bukan atas permintaan Datin Seri Dr Wan Azizah.

Sebelum itu, tular video dan gambar di media sosial yang memaparkan plat kenderaan Isteri YAB Perdana Menteri dan mendakwa Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengampu Perdana Menteri. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply