ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hasil menurun, untung bersih Bermaz Auto susut kepada RM70.5 juta

Berita Tempatan

Views

Keuntungan bersih Bermaz Auto Bhd (BAuto) menyusut kepada RM70.5 juta pada suku ketiga berakhir 31 Januari 2024 daripada RM87.28 juta bagi tempoh yang sama setahun sebelum itu.

Hasil menurun kepada RM896.5 juta berbanding RM975.96 juta sebelum itu, menurut syarikat itu dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia semalam.

Ia berkata, penurunan hasil kumpulan itu sebanyak RM79.5 juta, penyusutan sebanyak 8.1 peratus disebabkan terutamanya oleh jumlah jualan yang rendah dan perubahan campuran jualan daripada operasi domestik jenama Mazda.

Bagi sembilan bulan berakhir 31 Januari 2024, syarikat itu mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi sebanyak RM260.81 juta berbanding RM203.12 juta dalam tempoh yang sama setahun lalu.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Hasil bagi tempoh itu juga naik sebanyak 20.9 peratus, atau RM516.9 juta kepada RM2.99 bilion berbanding RM2.47 bilion sebelumnya.

Peningkatan itu disebabkan jumlah jualan yang lebih tinggi daripada operasi domestik jenama Mazda, terutamanya model Mazda CX-30 CKD, yang terus mencatatkan jumlah jualan tinggi sejak dilancarkan pada Mac 2023.

Dalam satu kenyataan berasingan, kumpulan itu berkata lembaga mengumumkan dividen interim satu peringkat ketiga sebanyak 4.25 sen sesaham bagi tahun kewangan 2024 yang perlu dibayar pada 3 Mei 2024.

Jumlah dividen yang diisytiharkan bagi tempoh kewangan berakhir 31 Januari 2024 berjumlah 14.25 sen sesaham.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Menurut syarikat itu, ia menjangkakan jumlah keseluruhan industri (TIV) bagi tahun ini menyusut 59,731 unit atau 7.5 peratus kepada 740,000 unit disebabkan prospek ekonomi global yang tidak menentu susulan konflik dan ketegangan di Asia Barat dan Eropah Timur, serta perbelanjaan pengguna tempatan berikutan kebimbangan terhadap pengenalan beberapa cukai baharu.

Sektor automotif dijangka terus mencatat pertumbuhan, walaupun pada kadar yang lebih perlahan disebabkan oleh tekanan inflasi, konflik geopolitik dan pertumbuhan global yang lebih lemah, yang akan menjejaskan keseluruhan ekonomi tempatan, katanya.

Pelancaran model yang dinaik taraf baharu dan/atau baharu pula bergantung kepada sentimen pasaran dan keadaan ekonomi.

“Tanpa mengambil kira keadaan yang tidak dijangkakan, lembaga pengarah menjangkakan prestasi kumpulan itu kekal positif untuk tahun kewangan 2024,” katanya. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply