ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lotus Store di Pavilion Damansara Heights kini dibuka, yang pertama di Malaysia!

Berita Tempatan

Views

Lotus Cars mengukuhkan jenamanya di Malaysia dengan pembukaan Lotus Store pertama di Pavilion Damansara Heights.

Pembukaan ruang pameran Lotus Store di Kuala Lumpur yang berkeluasan 173.58 meter persegi itu menyusul selepas kejayaan pelancaran kenderaan utiliti sukan (SUV) hiper elektrik Lotus Eletre, 10 bulan lalu di Malaysia.

Setakat ini, sebanyak 50 unit telah pun diserahkan kepada pembeli dengan sejumlah 200 unit kenderaan lagi dalam proses penghantaran.

Pengurus Besar Lotus Cars Malaysia, Jack Zaal, berkata konsep rekaan seni bina Lotus Store menerapkan imej korporat global terbaharu Lotus dan merangkumi ruang pameran yang menampilkan model Eletre dan Emira.

Selain itu, terdapat sebuah ruang khas bagi Konfigurator Lotus bagi membolehkan pelanggan menghasilkan sendiri kenderaan yang ditempah mengikut cita rasa masing-masing.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Ia juga mempunyai ruang khas untuk jualan barangan dan pakaian eksklusif dari Lotus, berserta sebuah ruang santai dan istirahat.

Konfigurator Lotus membolehkan pelanggan menghasilkan setiap aspek kenderaan menurut cita rasa peribadi. Ini termasuk bahagian luaran (kemasan, warna cat, pilihan rim dan tayar, angkup brek berwarna, brek seramik karbon, dan lencana); bahagian dalaman (tema, bahan, tali pinggang keledar, stereng dan tatahan karbon); tahap peralatan (cermin sisi, pakej Lotus Dynamic dengan kebolehan pemanduan stereng empat roda dan bumbung kaca pintar); serta ciri-ciri keselamatan tambahan seperti pakej parkir dan pakej bantuan lebuh raya.

Dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam, pembukaan Lotus Store di Pavilion Damansara Heights juga menjadi mukadimah kepada pelancaran ruang pameran utama Lotus Cars Malaysia di Glenmarie, Shah Alam yang dijangka siap pada suku kedua 2024.

Lotus juga berhasrat memperluaskan kehadiran jenamanya di wilayah Utara dan Selatan, dan akan memperkenalkan perkhidmatan penyelenggaraan mudah alih untuk menambah baik kemudahan bagi pelanggannya.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Era baharu Lotus Cars Malaysia bermula pada 2018 dengan pembukaan pusat servis dan perkhidmatan selepas jualan di Glenmarie, Shah Alam, dan apabila mengambil kira jangka masa yang telah diambil untuk pembukaan Lotus Store, ini jelas menunjukkan bahawa usaha mengembangkan dan memperkenalkan semula jenama ini dilakukan dengan teliti dan berfasa.

Proses memperkenalkan semula jenama Lotus ini bukan sahaja bertujuan meyakinkan pemilik kenderaan Lotus yang sedia ada bahawa pihaknya akan menjaga kepentingan mereka, tetapi ia juga agar mereka dan pelanggan berpotensi memahami dan menerima baik hala tuju Lotus yang baharu iaitu membangunkan kenderaan premium tanpa menjejaskan identiti dan falsafah asal Lotus yang menitikberatkan kenikmatan pemanduan.

Di Malaysia, jenama Lotus diwakili Lotus Karz Sdn Bhd sebagai pengimport, pengedar dan pengendali perkhidmatan selepas jualan dan alat ganti tunggal.

Syarikat ini dimiliki sepenuhnya oleh KARRUS Automotive iaitu sebuah syarikat pengimport kenderaan mewah baharu, terpakai dan klasik. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Lotus Cars Malaysia

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply