ARKIB

KATEGORI

Tular

Hina anggota polis dan buat kecoh di parkir, ‘Inspektor Shiela’ ditahan

Tular

Views

Seorang wanita yang terlibat dalam kejadian menghina anggota polis di Taman Sri Gombak, Batu Caves, Khamis lalu, ditahan polis hari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, penahanan wanita berusia 35 tahun itu dibuat awal pagi tadi bagi melengkapkan siasatan berhubung kes berkenaan.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Dalam satu kenyataan, beliau berkata wanita itu akan diberi jamin petang ini selepas melengkapkan keterangannya. Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

Sebelum ini, Hussein mengesahkan wanita itu telah dipanggil Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak bagi membantu siasatan.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Terdahulu, polis membuka dua kertas siasatan berhubung video tular memaparkan seorang wanita dipercayai menghina anggota polis di sebuah kedai makan di Gombak.

Bagaimanapun, hari ini, tular satu lagi video di media sosial membabitkan wanita tersebut di kawasan parkir dipercayai di pusat beli-belah dekat Brickfields. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply