ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Unit ujian Proton S50 (SS11) di Lebuhraya Guthrie, bakal dilengkapi sistem ADAS?

Foto Intip

Views

Setelah agak lama menyepi, unit ujian model sedan bakal pengganti Proton Prevé, iaitu S50 (SS11) kembali ‘beraksi’ dan telah berjaya dikesan di Lebuhraya Guthrie.

Beberapa foto intipan terbaharu model sedan segmen-C itu telah dikongsikan menerusi akaun Facebook rakan sekutu kami, The Ajerul sejak petang tadi.

Menurut The Ajerul, S50 (SS11) bakal dilengkapi sistem ADAS kerana kelihatan peranti tersebut pada bahagian cermin hadapan.

Ini bermakna versi Proton itu nanti akan dilengkapi ciri keselamatan yang lebih canggih berbanding kembarnya, iaitu Geely Emgrand generasi keempat di pasaran Filipina dan juga Arab Saudi.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Selain itu, logo harimau berbentuk bulatnya juga kelihatan agak besar dan ‘mungkin’ dipasang dengan radar atau penderia.

Kita juga dapat melihat kemasan jeriji identiti Proton, iaitu ‘Infinite Weave‘ yang motifnya kelihatan sedikit berbeza dengan model SUV tiga baris-tempat duduk, X90.

Menurut ejen perisik Mat Bond, S50 (SS11) berkongsi pelantar BMA bersama dengan SUV, Bin Yue (Proton X50).

Di pasaran China, ia dikuasakan oleh enjin petrol aspirasi alami (NA) JLC-4G15B 1.5 liter empat-silinder yang mampu menjana 114 kuasa kuda dengan 147 Nm daya kilas.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Enjin ini disambungkan kepada transmisi CVT menerusi gandar roda hadapan. Dikhabarkan, model sedan ini mampu mencecah kelajuan tertinggi 170 km/j. Besar kemungkinan, rangkaian kuasa ini akan menjana S50 (SS11).

Dari segi dimensi, model sedan ini berukuran 4,638 mm panjang, 1,820 mm lebar dan 1,460 mm tinggi, manakala jarak antara gandar rodanya pula 2,650 mm.

Ini bermakna, S50 (SS11) akan berada dalam segmen-C dan dijangka ‘mengganggu ketuanan’ Honda Civic dan juga Toyota Corolla di pasaran.

Bukan itu sahaja, tanda harganya dijangka bakal ‘menggugat’ kedudukan dua model terlaris di segmen-B, iaitu Honda City dan Toyota Vios serba baharu.

Difahamkan S50 (SS11) kelauaran kilang Tanjung Malim dijangka membuat kemunculan rasmi pada suku keempat (Q4) tahun ini. Nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit The Ajerul

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply