ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda Indonesia siar iklan acah model baharu – Adakah ia BR-V?

Berita Global

Views

Honda kini dilihat semakin ‘rancak’ melancarkan model generasi baharu tahun ini. Semalam Civic generasi ke-11 telah dilancarkan untuk pasaran Amerika Syarikat, malah bulan Februari lalu mereka memperkenalkan HR-V/Vezel generasi baharu.

JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?

Kini mereka hanya menunggu masa dan ketika untuk melancarkan sebuah lagi model serba baharu pada 3 Mei depan. Semalam, laman Instagram rasmi Honda Indonesia telah memuat naik satu poster iklan acah sebuah model baharu yang bakal diperkenalkan secara digital menerusi saluran YouTube Hondaisme.

Jika diperhatikan kepada lakaran lampu dan bar jeriji hadapan yang ditunjukkan, ia kelihatan seperti sebuah crossover dan menurut rakan media kami dari seberang, Autonetmagz.net besar kemungkinan ia merupakan model LMPV, iaitu Honda BR-V serba baharu.

JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

Setelah enam tahun di pasaran, mungkin ini adalah masa yang sesuai untuk Honda melancarkan model penggantinya. Kebetulan pula, dalam artikel terdahulu, ejen perisik handalan kami Mat Bond pernah memberitahu kami model generasi baharu BR-V juga sedang dibangunkan ketika ini, namun ia masih lagi pada peringkat awal.

Selain itu, Autonetmagz.net juga berpendapat, ia mungkin juga model lain seperti Mobilio atau mungkin juga model crossover kompak, ZR-V yang bakal berentap dengan kembar Perodua Ativa, Toyota Raize dan Daihatsu Rocky yang baharu sahaja dilancarkan di Indonesia minggu ini.

Apa pun, kita nantikan kemunculannya 3 Mei nanti.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k
JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?
JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?
JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply