ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda Malaysia kekalkan posisi kedua dalam carta TIV untuk separuh pertama 2019

Berita Tempatan

Views

Honda Malaysia telah merekodkan jumlah jualan melebihi 44,200 unit sepanjang separuh pertama tahun 2019 (Januari-Jun) dengan Mei menjadi bulan yang mencatatkan jualan tertinggi, lebih 10,500 unit. Mereka juga berjaya mengekalkan kedudukan pertama dalam segmen Bukan-Nasional dan kedua secara keseluruhan dalam Jumlah Jualan Industri (TIV) untuk tempoh yang sama, sekaligus menyumbang 15.3 peratus daripada jumlah tersebut.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, En. Toichi Ishiyama berkata, Honda mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang terus memberi sokongan dan kepercayaan kepada jenama tersebut. Civic mencatat sejarah dengan jualan 130,000 unit, manakala baru-baru ini unit yang ke- 100,000 Jazz telahpun diserahkan kepada pemiliknya.

JOM BACA >> INTIP : Proton Saga facelift 2019 varian Premium dikesan di dua lokasi berbeza

City menjadi penyumbang terbesar untuk tempoh ini dengan 34 peratus daripada jumlah jualan keseluruhan. HR-V pula menjadi model kedua terlaris dengan mencatatkan 20 peratus daripada jumlah jualan keseluruhan, diikuti oleh CR-V dengan 14 peratus. Selain itu, model Jazz, City, Civic, HR-V, CR-V dan BR-V juga terus menjadi peneraju dalam segmen masing-masing.

Baru-baru ini, HR-V telah ditawarkan dalam pilihan warna Passion Red Pearl yang menerima sambutan yang cukup positif daripada pelanggan. Warna yang sama turut ditawarkan pada Jazz, City, CR-V dan BR-V. Secara keseluruhan warna tersebut berjaya menjadi warna paling popular di kalangan rakyat Malaysia. Buat masa ini, tempoh menunggu untu kesemua model Honda adalah di antara satu hingga ke dua bulan.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji Saga facelift 2019 varian Standard

Mengulas mengenai pencapaian ini, Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Honda Malaysia yang baharu sahaja dilantik, En. Sarly Adle Sarkum berkata beliau amat kagum dengan komitmen dan dedikasi yang ditunjukkan oleh pasukannya untuk membawa syarikat ke peringkat yang lebih tinggi. Ia memberikan keyakinan kepadanya bahawa mereka mampu untuk mengatasi cabaran untuk melonjakkan lagi jualan selepas ini.

Bersempena dengan pengumuman ini, Honda Malaysia melancarkan kempen ‘Tech Frontier Rewards’ yang merupakan inisiatif syarikat untuk memberi ganjaran kepada pelanggannya untuk mengenali dengan lebih dekat lagi Teknologi Masa Depan Termaju Honda seperti Honda SENSING, Turbo dan Sport Hybrid i-DCD. Pelanggan kini boleh menikmati lebih ganjaran yang menawarkan Bonus Honda, Bonus Teknologi Bulanan dan Hadiah Eksklusif bernilai sehingga RM5,000. Kempen ini ditawarkan untuk semua model kecuali Civic Type R dan bermula dari 1 Julai sehingga 30 September 2019.

JOM BACA >> Gambaran reka bentuk rim 15 inci Proton Saga facelift 2019
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 – Harga mungkin turun, ini yang pasti ada
JOM BACA >> PANAS : Foto papan pemuka Proton Saga facelift 2019 varian Standard pula tertiris
JOM BACA >> RISIK : Proton X70 versi CKD – Apa yang kami tahu setakat ini

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply