ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda siar ‘foto acah’ Jazz 2020

Berita Global

Views

Honda mula mengusik jiwa peminat model hatchback kompak di laman maya dengan menyiarkan satu ‘foto acah’ Jazz generasi baharu (2020). Model ini bakal membuat penampilan sulungnya sempena acara dwi-tahunan Tokyo Motor Show 2019 pada bulan depan.

Dari ‘foto acah’ ini, kita masih boleh melihat imbasan rekaan sisi Jazz 2020 yang masih menggunakan pendekatan rekaan seperti model-model sebelumnya. Masih mengekalkan ciri-ciri rekaan konvensional, Jazz 2020 nampak lebih ‘bulat’ dan agak ‘feminin’ dengan rekaan lampu hadapan yang mirip model Perodua Myvi generasi kedua.

JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini

Bentuk tingkap sisi juga masih mengekalkan ciri rekaan model semasa dan kita juga dapat melihat dengan jelas antena berbentuk ‘sirip jerung’ pada bahagian bumbungnya. Rekaan lampu belakang buat masa ini tidak dapat dilihat dengan jelas, namun kami menjangkakan ia akan menggunakan kombinasi lampu jenis LED.

Tiada apa yang boleh diulas secara terperinci kerana rupa sebenarnya masih disembunyikan, namun difahamkan Jazz pasaran Eropah hanya akan ditawarkan dalam versi hibrid yang menggunakan sistem dwi motor elektrik Intelligent Multi-mode Drive (i-MMD). Sistem ini akan turut digunakan pada model City generasi baharu yang bakal dilancarkan di Thailand, November ini.

JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini

Dikatakan Jazz 2020 bakal membuat kemunculan pertama di Eropah sempena acara “Electric Vision” yang akan berlangsung di Amsterdam, Belanda serentak dengan pengenalannya di Jepun nanti. Di pasaran lain, Jazz 2020 masih lagi ditawarkan dalam versi petrol.

Merujuk kepada artikel sebelum ini, dikhabarkan Jazz 2020 berkemungkinan besar tidak akan masuk ke pasaran Malaysia dan ia bakal digantikan dengan model City Hatchback. Tanda niaga nama tersebut telah pun didaftarkan di portal rasmi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply