ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota Yaris serba baharu untuk pasaran Eropah diperkenalkan – Lebih ringan dan mantap

Berita Global

Views

Baru-baru ini Toyota telah memperkenalkan generasi baharu hatchback subkompak Yaris untuk pasaran Jepun dan Eropah. Generasi keempat Yaris ini merupakan moedl pertama yang dibina dari pelantar modular baharu Toyota New Global Architecture (TNGA) dengan namakod GA-B.

Pelantar ini telah mempertingkatkan model Yaris dalam pelbagai aspek, termasuk penggayaan, praktikaliti, mekanikal, teknologi dan keselamatan di samping berjaya menurunkan berat badan kereta itu sehingga 50kg (110 lbs). Yaris serba baharu menampilkan gaya reka bentuk yang lebih beremosi berbanding dengan model sebelumnya, dengan nisbah rekaan lebih dramatik yang menjadikannya lebih pendek, lebar dan rendah.

Model ini kurang 5 mm panjang dan 400 mm tinggi, namun jarak gandar dan lebarnya pula bertambah 50 mm. Hasilnya, ruang dalaman kini lebih lapang (kedudukan tempat duduk dipasang lebih rendah jadi ia tidak mengganggu ruang kepala) selain berjaya mempertingkatkan dinamik pemanduan dan kelincahannya. Reka bentuk luaran menampilkan jeriji yang besar, lengkung tayar yang menonjol, bonet lebih panjang, bampar yang lebih sporty dan lampu depan jenis LED sepenuhnya.

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang

Reka bentuk ruang dalaman masih mengekalkan prinsip yang ringkas dan menampilkan bahan berkualiti tinggi termasuk kemasan felt pada panel pintu dan panel instrumen menggunakan plastik sentuh-lembut yang pertama pada model Yaris. Toyota berkata, ia memfokuskan kepada mempertingkatkan kualiti sensor dari segi sentuhan, operasi dan bunyi.

Papan pemukanya kini lebih nipis dan lebih rendah, dengan konsol tengah yang lebar dan tinggi serta stereng yang lebih kecil untuk penglihatan yang lebih baik. Antara ciri-ciri menarik ialah paparan sentuh Toyota di bahagian tengah, paparan pelbagai-informasi TFT yang diapit dengan meter digital berkembar serta paparan head-up berwarna 10-inci.

Selain itu, Yaris turut dilengkapi dengan pengecas nirwayar, stereng dengan pemanas dan pencahayaan ambien di sekeliling kokpit pemandu. Bergantung kepada pasaran, Yaris ditawarkan dengan enjin 1.5-liter Hybrid Dynamic Force baharu, selain enjin petrol 1.5-liter dan 1.0-liter tiga-silinder. Sistem hibrid ini menggabungkan enjin petrol 1.5-liter Dynamic Force tiga-silinder kitaran Atkinson bersama motor elektrik berkuasa 70 kuasa kuda dan bateri lithium-ion yang lebih ringan dan besar.

JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini

Toyota berkata penjana tenaga baharu ini mampu menjimatkan bahan api dan pelepasan CO2 lebih dari 20 peratus sambil menawarkan 15 peratus output sistem lebih tinggi. Jika dibandingkan dengan model sebelum ini hanya 99 kuasa kuda, besar kemungkinan Yaris baharu mampu menjana sehingga 113 kuasa kuda.

Di Jepun, sistem hibrid baharu ini turut ditawarkan dengan sistem pacuan empat roda elektrik (E-Four), yang pertamanya dalam segment kereta subkompak. Dari segi pemanduan, Yaris baharu ini dikatakan lebih tangkas dan stabil, kerana ia lebih ringan dan pusat graviti yang lebih rendah 15 mm, yang turut membantu menghasilkan posisi memandu yang lebih baik, tapak lebih lebar dan ketegaran badan yang lebih tinggi.

Menurut Toyota, Yaris 2020 telah direka untuk menjadi kereta paling selamat di dunia dalam segmennya dan ia dilengkapi dengan pakej Toyota Safety Sense (TSS) sebagai ciri standard yang merangkumi kawalan jelajah adaptif kelajuan-penuh pintar dan sistem bantuan penjejak lorong serta beg udara tengah untuk melindungi penumpang hadapan sekiranya berlaku impak di bahagian sisi. Yaris 2020 untuk negara Eropah akan terus dikeluarkan di Perancis , manakala di Jepun untuk pasaran domestik serta pasaran lain di negara Asia.

KLIK UNTUK BESARKAN

Toyota Yaris Hybrid 2020 versi Eropah

Toyota Yaris versi Jepun

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply