ARKIB

KATEGORI

Info

INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

Info

Views

Ada informasi terbaharu yang kami perolehi dari ejen perisik Mat Bond berkenaan dengan kereta elektrik (EV) pertama keluaran Perodua. Menurutnya, EV sulung Perodua tiada penglibatan dari rakan teknikalnya di Jepun, iaitu Daihatsu.

Ini bermakna, model ini nanti tidak akan menggunakan pelantar Daihatsu New Global Architecture (DNGA) yang akan menjadi asas kepada Myvi generasi keempat (namakod D01D).

Salah satu sebab mengapa projek EV ini tada penglibatan Daihatsu adalah kerana syarikat tersebut masih belum mempunyai model EV untuk dibangunkan secara bersama.

 

Model EV ini juga akan dihasilkan secara usahasama antara Perodua bersama pengeluar kenderaan lain, namun identiti syarikat tersebut masih lagi dirahsiakan buat masa ini.

Tambah Mat Bond lagi, pemasangan EV itu nanti juga tidak akan dibuat di kilang Perodua Manufacturing Sdn. Bhd. (PMSB), mahupun di Perodua Global Manufacturing Sdn. Bhd. (PGMSB).

Kata Mat Bond, EV tersebut adalah merupakan “projek khas” dan difahamkan Perodua hanya akan melakukan pemasangan di kilang baharu. Segala komponennya akan dibekalkan oleh pengeluar/vendor dari luar negara.

Persoalan yang bermain di fikiran sekarang adalah, pengeluar kenderaan dari luar negara manakah yang menjadi rakan teknikal Perodua untuk projek ini?

Penulis menjangkakan, berkemungkinan Perodua menjalinkan kerjasama dengan syarikat pengeluar EV dari China, memandangkan negara tersebut mempunyai teknologi EV yang paling maju dan boleh dihasilkan pada kos yang rendah.

Semasa pembentangan Belanjawan 2025 Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kerajaan akan terus menggalakkan peralihan kepada kenderaan elektrik (EV) menerusi penstrukturan kerangka insentif cukai kenderaan mesra alam.

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026

Jelas beliau, penstrukturan kerangka insentif sedia ada itu agar selari dengan hasrat untuk menggalakkan peralihan kepada EV pemasangan tempatan (CKD).

“Pada masa ini, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) sedang merancang untuk mengeluarkan EV berharga di bawah RM100,000 bagi memenuhi permintaan rakyat”.

Pada bulan Mei tahun lalu, Perodua telah mempamerkan sebuah kereta konsep hatchback EV segmen-B yang dikenali sebagai Electric Motion-Online (EM-O) Concept di Malaysia Autoshow 2023.

EM-O Concept dikuasakan oleh motor elektrik tunggal pada gandar hadapan yang menjana output 95 PS dan dan 121 Nm daya kilas.

Kuasanya setara dengan apa yang dihasilkan oleh enjin 1.3 liter (1NR-VE) yang menjana Myvi dan juga Bezza. Model ini menggunakan bateri jenis lithium ion berkapasiti 50 kWj yang memberikan jarak pemanduan antara 300 km hingga 350 km.’

Ia mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa 10 saat dengan kelajuan tertinggi adalah 160 km/j. Dari segi pengecasan, seni bina elektrik 400V / 800V berkembar yang membolehkan kapasiti pengecasan maksimum 300 kW.

Ia boleh dicas 100 peratus dalam tempoh tujuh jam setengah menggunakan pengecas AC standard. Manakala dengan penggunaan pengecasan pantas DC pula, ia boleh dicas sehingga 80 peratus dalam masa 20 minit sahaja.

Dari segi dimensi, EM-O Concept berukuran 3,895 mm panjang, 1,735 mm lebar, 1,515 mm tinggi dengan jarak antara gandar roda 2,500 mm. Ini bermakna, ukuran dimensinya hampir menyamai saiz sebuah Myvi.

Pada Malaysia Auto Show 2024, Perodua telah mempertontonkan sebuah prototaip kenderaan elektrik (EV) pertamanya, dikenali sebagai Myvi Conversion yang akan menjadi asas kepada pembuat kereta kompak itu dalam membangunkan teknologi elektriknya.

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami

Prototaip EV berkenaan terdiri daripada tiga komponen utama iaitu bangku pengujian kuasa (power bench), rangkaian penggerak kuasa (power converter) dan rekaan keseluruhan rangkanya yang dibuat di Malaysia, manakala pembangunan teknologi penukaran kuasa dilakukan dengan syarikat yang berpangkalan di Australia.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Sri Zainal Abidin Ahmad, proses pembangunan bangku pengujian kuasa ini dibuat oleh Perodua dengan kerjasama dari tiga universiti tempatan iaitu Universiti Tenaga NasionalUniversiti Kuala Lumpur dan Universiti Putra Malaysia.

 

Usahama tersebut telah pun bermula sejak September 2022, dan menyaksikan Perodua bersama ketiga-tiga universiti terbabit bekerjasama untuk membangunkan rangkaian penggerak kuasa EV dari peringkat asas.

Perodua juga telah mendaftarkan permohonan tanda dagang untuk tiga nama baharu iaitu QvePacer dan Ace, sejak 26 Jun 2024 di portal rasmi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Tanda dagang nama-nama tersebut pula diletakkan di bawah dua kategori yang berbeza, iaitu:

  • Kelas 12 di bawah kategori kereta, automobil, motokar, transmisi, jenis penyambung pengecasan kenderaan elektrik, bateri kenderaan elektrik, motor elektrik untuk kenderaan elektrik dan lain-lain
  • Kelas 37 di bawah kategori stesen servis kenderaan, perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan, stesen mengecas kenderaan elektrik, pengecas rumah kenderaan elektrik, pengecas mudah alih kenderaan elektrik dan lain-lain.

 

Ia seolah-olah memberi petunjuk awal kepada calon nama rasmi kepada model kenderaan elektrik (EV) pertama keluaran Perodua.

Besar kemungkinan Perodua akan memulakan pengeluaran massa model EV tersebut selewat-lewatnya pada suku keempat (Q4) 2025.

KLIK UNTUK BESARKAN

Gambaran berasaskan Perodua MyEV hasil karya Theophilus Chin@Theottle. Foto hasil gabungan perisian grafik dan kecerdasan buatan (AI).

JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply