ARKIB

KATEGORI

Info

INFO: Toyota Vios baharu – Dua varian, harga dari RM 90k, dah boleh tempah mulai hari ini?

Info

Views

Setelah beberapa foto sesi penggambaran iklan Toyota Vios (D92A) ‘dikantoikan’ oleh selebriti tempatan, Sean Lee menerusi laman Instagramnya, kami mendapat mendapat maklumat terkini yang mengatakan tempahannya mula dibuka hari ini.

UMW Toyota Motor (UMWT) hanya akan menawarkan dua varian sahaja untuk Vios (D92A). Berikut adalah senarai varian dan harga anggarannya (harga atas jalan tanpa insurans):

  • Toyota Vios 1.5E – RM 90,000
  • Toyota Vios 1.5G – RM 96,000

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Vios generasi keempat ini yang dibina dari pelantar Daihatsu New Global Architecture (DNGA) dan dikuasakan oleh enjin 1.5L Dual VVT-i yang menjana 104 kuasa kuda dan daya kilas maksima 138 Nm. Enjin kenderaan cekap tenaga (EEV) ini dipadankan pula dengan transmisi D-CVT

Lima pilihan warna akan ditawarkan, antaranya Platinum White Pearl, Silver Metallic, Attitude Black, Nebula Blue Metallic dan warna heronya iaitu Spicy Scarlet SE. Namun, anda perlu menambah duit sebanyak RM400 untuk warna Platinum White Pearl.

Dari segi reka bentuk luaran, ia menampilkan gaya rekaan terkini Toyota dengan profil badan gaya ‘fastback‘ empat pintu, garis lekuk badan yang lebih tajam dan penggunaan lampu depan serta belakang jenis LED.

Di ruangan kabin pula ia kelihatan lebih mewah dengan papan pemuka dwitona, paparan meter digital 7-inci, kawalan pendingin hawa digital, corong pendingin hawa di belakang dan unit inforia gaya terapung 9-inci yang menyokong ketersambungan nirwayar Apple CarPlay dand Android Auto.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Varian mercunya turut menerima pencahayaan ambien 64-warna, brek parkir elektronik dengan fungsi Autohold, paparan panoramik 360° dan beberapa kelengkapan lain sebagai ciri tambahan.

Dari segi keselamatan, Vios baharu didatangkan dengan ciri keselamatan aktif Toyota Safety Sense (TSS) yang merangkumi pengesan titik buta, sistem jelajah aktif, amaran keluar lorong, brek kecemasan automatik, namun varian E dijangka tidak menerima ciri lengkap tersebut.

UMWT turut menawarkan jaminan selama 5-tahun dengan perbatuan tanpa had. Selain itu, pakej Penjimatan Servis Toyota turut ditawarkan sebagai pilihan, dengan dua pakej iaitu 5-tahun/100,000km atau 3-tahun/60,000km.

Apa pun, kita nantikan pengumuman rasmi daripada UMWT terlebih dahulu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply