ARKIB

KATEGORI

Foto Tiris

Sah Toyota Vios (D92A) akan dilancarkan Jumaat ini, foto penggambaran iklan di’kantoi’kan Sean Lee!

Foto Tiris

Views

Nampaknya model apa yang bakal dilancarkan oleh Toyota Malaysia, pada 24 Februari 2023 (Jumaat ini) telah pun terbongkar.

Beberapa foto sesi penggambaran iklan Vios (D92A) itu telah pun dikantoikan oleh selebriti tempatan, Sean Lee menerusi laman Instagramnya.

Meskipun hantaran tersebut telah pun dipadamkan, namun rakan media di Paultan.org sempat memuat turun beberapa foto sesi penggambaran iklan tersebut.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Foto-foto tersebut memaparkan selebriti tersebut sedang berdiri di sebelah Vios (D92A) berwarna merah di dalam sebuah studio.

Menurut rakan media di Automachi.com pula, UMW Toyota Motor (UMWT) hanya akan menawarkan dua varian sahaja untuk Vios (D92A). Berikut adalah senarai varian dan spekulasi harga pra-jualan Vios (D92A):

  • Toyota Vios 1.5E – RM 88,000
  • Toyota Vios 1.5G – RM 96,000

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Seperti yang kita ketahui, beberapa pasaran lain di rantau Asia Tenggara sudah pun menerima model ini. Yang paling awal adalah Thailand, dengan menggunakan nama Yaris ATIV.

Kemudian ia mendarat di Laos (versi pemanduan kiri) dan juga Indonesia. Cuma Vietnam tidak bernasib baik kerana mereka hanya akan menerima Vios generasi semasa yang dikemaskini (facelift).

D92A merupakan generasi Vios keempat yang dibina dari pelantar Daihatsu New Global Architecture (DNGA).

Yaris ATIV di Thailand mendapat enjin petrol aspirasi alami (NA) 1.2 liter Dwi VVT-iE (3NR-VE), manakala di Indonesia, Vios dikuasakan oleh enjin 1.5L NA 2NR-VE.

Nantikan kemunculannya!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit seanlje via Paultan.org

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply