ARKIB

KATEGORI

Buletin

Insiden Jalur Gemilang terbalik – UMW Toyota Motor lahirkan rasa kesal

Berita Tempatan

Views

Menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam, UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) melahirkan rasa kesal terhadap insiden bendera Jalur Gemilang yang dikibarkan secara terbalik di salah sebuah pengedar rasmi kenderaan Toyota.

JOM BACA >> PANAS : Foto Perodua Axia 2019 varian STYLE bocor!

Pihak syarikat maklum dengan perkara tersebut setelah dikongsi di media sosial oleh warganet yang prihatin. Pihak UMW Toyota Motor memandang serius akan kejadian tersebut dan tiada berniat sama sekali untuk menghina bendera Jalur Gemilang mahupun negara Malaysia.

Ia adalah suatu kesilapan yang tidak disengajakan. Pengedar kami telah pun memperbetulkan kesilapan mereka dengan menurunkan bendera tersebut dengan segera dan memohon maaf kepada warganet atas kejadian tersebut.

JOM BACA >> Perodua Axia 2019 – Tempahan kini dibuka, varian baharu STYLE diperkenalkan

Presiden UMW Toyota Motor Sdn Bhd Ravindran K berkata, mereka berterima kasih kepada rakyat Malaysia dan warganet prihatin yang mengesan kesilapan tersebut dan seterusnya memberitahu pihaknya. Mereka telah memperbetulkan keadaan dan tindakan yang sewajarnya telah diambil terhadap pengedar tersebut agar kejadian sama tidak berulang dimasa hadapan.

Pihaknya berasa sungguh kesal dan memohon maaf atas kejadian tersebut. Sebagai warga Malaysia, mereka amat menghormati bendera Jalur Gemilang sebagai simbol kedaulatan negara kita.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X70 dijangka lebih murah, bakal dilancarkan pada bulan November
JOM BACA >> PANAS : Risalah Perodua Axia facelift 2019 tertiris! Bakal dilengkapi dengan A.S.A 2.0
JOM BACA >> Ini mungkin gambaran Saga 2019 versi hatchback dan ute, jika Proton mahu menghasilkannya
JOM BACA >> MESTI TONTON : Saga 2019 – 10 perubahan paling penting yang wajib anda tahu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply