ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pandu lawan arus – Pemandu wanita ditahan

Berita Tempatan

Views

Harian Metro melaporkan, polis telah menahan pemandu wanita yang memandu kereta Perodua Alza secara berbahaya dengan melawan arus hingga menyebabkan beberapa kenderaan terbabit kemalangan di Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), Selasa lalu.

JOM BACA >> PANAS : Foto Perodua Axia 2019 varian STYLE bocor!

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari’at berkata, pemandu wanita berusia 27 tahun itu ditahan selepas hadir ke Balai Polis Trafik Ampang Jaya, 8.45 malam semalam.

JOM BACA >> Perodua Axia 2019 – Tempahan kini dibuka, varian baharu STYLE diperkenalkan

Katanya, wanita itu mengaku memandu kereta Perodua Alza berkenaan secara melawan arus kerana tersalah masuk ke laluan bertentangan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah. Tindakan itu turut menyebabkan dua kenderaan terbabit kemalangan kerana terpaksa berhenti secara mengejut untuk mengelak kenderaan berkenaan.

Kes ini sedang disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan wanita itu telah dibebaskan dengan jaminan setelah keterangannya dirakam. Video kejadian itu berjaya dirakam pengguna jalan raya yang lain dan telah tular di media sosial hingga mengundang kecaman warganet.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X70 dijangka lebih murah, bakal dilancarkan pada bulan November
JOM BACA >> PANAS : Risalah Perodua Axia facelift 2019 tertiris! Bakal dilengkapi dengan A.S.A 2.0
JOM BACA >> Ini mungkin gambaran Saga 2019 versi hatchback dan ute, jika Proton mahu menghasilkannya
JOM BACA >> MESTI TONTON : Saga 2019 – 10 perubahan paling penting yang wajib anda tahu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply