ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Adakah ini unit ujian awal Toyota Yaris generasi baharu?

Foto Intipan

Views

Biasanya kami kami kongsikan foto-foto intipan dari dalam negara sahaja kan? Kali ini kami ‘nak belanja’ anda dengan foto-foto intipan yang dikatakan unit ujian awal Toyota Yaris generasi baharu yang telah ditemui di Thailand. Menurut laman Facebook Car News Update, foto-foto ini telah dikongsikan oleh kaza plus.

.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

Jika diperhatikan susuk tubuh kereta yang sarat dengan celoreng penyamaran ini, besar kemungkinan ia menggunakan unit Toyota Yaris 2020 untuk pasaran Amerika Syarikat yang merupakan versi ‘tukar lencana’ (rebadged) Mazda 2.

Mungkin unit ujian awal ini menggunakan kereta ‘olok-olok’ buat sementara tetapi menggunakan pelantar baharu. Kami jangka versi yang sebenar membuat kemunculan dalam masa beberapa bulan lagi dan mungkin reka bentuk akhir telah pun dimuktamadkan.

JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

Yaris generasi baharu bakal dibina dari pelantar terbaharu Toyota, GA-B, yang merupakan pelantar yang paling kecil dalam keluarga TNGA. Pelantar GA-B direka untuk memaksimakan ciri pengendalian kereta. Underbody pelantar ini “sangat tegar” disebabkan oleh struktur yang lebih kukuh, menggunakan suspensi MacPherson di depan dan pilihan sama ada unit torsion beam atau multi-link di belakang.

Pelantar kereta kecil baharu Toyota ini juga membolehkan kedudukan kerusi pemandu lebih rendah dan di tolak sedikit ke belakang ke arah bahagian tengah kereta. Ia bagi memastikan posisi pemanduan yang lebih baik dan pusat graviti yang lebih rendah. Pelantar ini turut menampilkan beberapa ciri pakej pintar dalam menawarkan ruang kabin yang luas.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply