ARKIB

KATEGORI

Buletin

RRJ Capital naikkan nilai tawaran pembelian PLUS kepada RM3.5 bilion

Berita Tempatan

Views

Berita Harian melaporkan, firma pelaburan berpangkalan di Hong Kong milik rakyat Malaysia, RRJ Capital Ltd, menaikkan harga tawaran pengambilalihan PLUS Malaysia Bhd, kepada RM3.5 bilion berbanding RM3 bilion sebelum ini.

Tawaran itu dikemukakan walaupun baru-baru ini Khazanah Nasional Bhd menegaskan yang mereka tidak berminat untuk menjual syarikat pengendali lebuh raya terbesar di Malaysia itu yang juga aset strategiknya kepada mana-mana pihak.

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif RRJ Capital, Richard Ong, berkata cadangan tawaran yang telah ditambah baik itu turut mencadangkan yang kerajaan tidak perlu membayar kepada PLUS sebanyak RM2 bilion sehingga 2023.

Selain itu, beliau turut mencadangkan pembentukan usaha sama (JV) 50-50 di antara firma pelaburan itu dengan dana persaraan nasional seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Tabung Haji, Permodalan Nasional Bhd (PNB) atau Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP).

.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

Ong berkata, menerusi cadangan JV ini, ia akan membolehkan kerajaan untuk terus mengekalkan kepentingan mereka dan juga Bumiputera di dalam PLUS sebanyak 50 peratus. Mereka juga mencadangkan pengurangan kadar bayaran tol untuk mengikut harga kereta;

Berikut adalah cadangan pengurangan kadar tol mengikut harga kereta:

  • RM50,000 ke bawah – 30 peratus
  • RM50,001-RM100,000 – 20 peratus
  • RM100,001-RM150,000 – 10 peratus
  • Kereta mewah – 0 peratus

Selain itu mereka juga ingin mencadangkan supaya kadar tol untuk kereta mewah dinaikkan kepada satu kadar yang akan ditetapkan kelak. Kata Ong lagi, bagi pemandu dari isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40), mereka akan menerima pengurangan tol dalam jumlah yang besar dan pada kadar yang segera membabitkan nilai lebih RM1 bilion setahun.

Beliau berkata demikian ketika sesi wawancara bersama kumpulan akhbar New Straits Times Press (Malaysia) Bhd baru-baru ini. Sesi itu turut disertai Pengarah RRJ, Rizal Ishak. RRJ yang ditubuhkan pada Mac 2011 mempunyai aset di bawah pengurusan (AUM) hampir AS$11 bilion (RM46.04 bilion) dan menumpukan pelaburan ekuiti swasta di China dan Asia Tenggara.

80 peratus pelabur firma itu adalah dana pencen dari Amerika Syarikat (AS), Eropah, Kanada dan Asia Barat. Pada akhir bulan lalu, RRJ dilaporkan mengemukakan tawaran pembelian PLUS sebanyak RM3 bilion tunai dan pengurangan tol sebanyak 20 peratus.

Mengulas lanjut, Ong berkata, harga kereta baharu akan dijadikan sebagai penanda aras untuk menentukan kelayakan pengurangan kadar tol bagi pengguna di lebuh raya milik PLUS. Katanya, sebagai contoh, jika anda memiliki sebuah kereta Proton yang berharga RM40,000 dan dibeli pada tahun 2015, maka anda layak menikmati diskaun 30 peratus itu.

JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, RRJ Capital juga bercadang untuk membawa masuk teknologi moden dan terkini termasuk sistem baharu EZ PASS ke dalam pengurusan lebuh raya itu dan mahu menghapuskan pondok dan palang tol.

Pihaknya juga akan beralih kepada sistem pembayaran lebih canggih menggunakan bacaan pada nombor pendaftaran kereta dan tidak memerlukan kereta untuk berhenti seperti sistem semasa, sekali gus mengurangkan kesesakan di plaza tol.

Mereka turut bercadang memperkenalkan laluan ekspres khas untuk kereta yang membawa tiga dan empat penumpang pada waktu puncak. Ini secara tidak langsung akan menggalakkan orang ramai untuk berkongsi kereta pada masa akan datang.

Ong turut menegaskan bahawa apa yang penting bukanlah mengenai RRJ Capital berjaya membeli PLUS, tetapi sesiapa sahaja yang menjadi pemilik PLUS nanti akan melaksanakan kerja naik taraf yang besar yang amat penting untuk dilakukan kepada lebuh raya ini.

Sebagai contoh penggunaan lampu LED berasaskan solar, tiada lagi pondok tol, naik taraf bahu jalan, pengenalan EZ PASS dan apa yang paling penting ialah pengurangan 30 peratus tarif tol untuk mengurangkan beban kepada pemandu B40 yang perlu dilakukan segera dan bukan lagi 10 tahun akan datang.

Sementara itu Rizal berkata, tiada pembuangan atau pemberhentian pekerja akan dilakukan pihaknya, sebaliknya akan mengekalkan perkhidmatan kakitangan PLUS sedia ada. Ujarnya, setiap orang akan diberi motivasi dan peluang untuk menunjukkan kebolehan mereka untuk mencipta nilai kepada syarikat. Tambahnya, jika ada pun, mereka akan diajar dengan kemahiran baharu dan kemungkinan ditempatkan di jabatan atau unit baharu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply