ARKIB

KATEGORI

Buletin

INTIP : Unit ujian Peugeot 2008 generasi kedua dikesan

Foto Intip

Views

Ini kali pertama kami memperolehi foto intip model generasi kedua crossover kompak Peugeot 2008. Kelibat unit ujian model tersebut yang tanpa sebarang pelitup celoreng sempat dirakam oleh rakan kami, Nazri Rahman di hadapan sebuah kedai Tom Yam di sekitar Gurun, Kedah.

Menurutnya, besar kemungkinan model tersebut dalam perjalanan untuk ujian mendaki di jalan raya sekitar kawasan Gunung Jerai. Sebelum ini kami pernah menyiarkan beberapa siri intipan model trak pikap Peugeot Landtrek, namun model tersebut masih lagi belum dilancarkan hingga ke hari ini.

JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

Kami berpendapat, model 2008 dan Landtrek akan dilancarkan pada tahun hadapan dan salah satu daripadanya akan menjadi model pertama yang diperkenalkan oleh pengedar tunggal baharu untuk kenderaan dari jenama Peugeot, Berjaya Auto Alliance Sdn Bhd (BAASB).

Baru-baru ini syarikat tersebut telah dipilih oleh oleh Groupe PSA untuk mengedar kenderaan jenama dari Perancis yang turut merangkumi Citroen dan juga DS. Syarikat yang baharu ditubuhkan itu juga mendapat hak pengedaran alat ganti dan perkhidmatan selepas jualan untuk semua jenama berkenaan.

Dikatakan model pemanduan kanan ini akan dipasang secara tempatan (CKD) di fasiliti milik Naza Automotive Manufacturing (NAM) di Gurun. Ia dibina dari pelantar Common Modular Platform (CMP) dan dikhabarkan akan tiba terlebih dahulu ke pasaran Vietnam.

JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!

Di negara tersebut, ia ditawarkan dengan dua pilihan varian yang terdiri daripada varian Active dan GT Line. 2008 versi Vietnam akan dipasang secara CKD oleh syarikat pemasangan kontrak tempatan, Thaco. Ia dijana oleh enjin petrol tiga-silinder 1.2 liter PureTech turbo yang digandingkan dengan transmisi 6-kelajuan automatik.

Kombinasi penjana ini mampu menghasilkan kuasa sebanyak 135 PS dan 230 Nm daya kilas. Model ini menampilkan reka bentuk yang ranggi dan sporty serta menampilkan beberapa ciri keselamatan standar seperti Bantuan Brek (BA), Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Pemantau Titik-Buta (BSM), Bantuan Kekal Lorong (LKA), Amaran Keluar Lorong (LDW) dan Amaran Fokus Pemandu.

Adakah model versi Malaysia akan mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan versi Vietnam nanti? Kita tunggu perkembangan selanjutnya! 

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu
JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?
JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?
JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply