ARTIKEL TERKINI

KOMEN TERKINI

ARKIB

KATEGORI

Video

Tags

Spyshots

INTIP : Honda City 2020 masih terus diuji

Foto Intipan

Views

Honda City 2020 bakal membuat kemunculan sulungnya di Thailand pada bulan November nanti, sungguhpun begitu unit ujiannya masih lagi berlegar di jalan raya. Beberapa foto intipan telah berjaya dirakam sekitar India dan Thailand baru-baru ini dan telah dimuat naik ke portal permotoran dari Brazil, motor1.com.

Walaupun masih sarat dengan celoreng penyamaran, kita sudah dapat gambaran secara kasar reka bentuk baharu City 2020 yang dikatakan mengambil inspirasi dari model Insight. Mungkin illustrasi digital yang dikeluarkan oleh Headlightmag sebelum ini boleh memberi bayangan awal rekaannya nanti. (Foto di bawah)

JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini

City 2020 bakal masuk dalam kategori Kereta-ECO Fasa ke-2 apabila dilancarkan secara rasmi dan ia bakal dilengkapi dengan enjin enjin 1.0 liter VTEC Turbo tiga silinder yang digandingkan bersama pilihan transmisi sama ada 6-kelajuan manual atau CVT.

JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini

Ada kemungkinan versi hibrid akan turut ditawarkan dengan enjin 1.5 liter petrol yang digandingkan bersama sistem Hybrid i-MMD yang dilengkapi dua motor elektrik. Model segmen-B ini bakal diperkenalkan sebelum acara Thailand International Motor Expo 2019 yang bakal membuka tirai pada 29 November.

Menurut risikan kami, untuk pasaran Malaysia, kami menjangkakan City generasi baharu ini bakal dilancarkan sebelum akhir tahun 2020 atau selewat-lewatnya awal tahun 2021. Difahamkan Honda Motors Co. Ltd., Jepun telah mendaftar tanda niaga untuk nama City Hatchback di portal rasmi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan besar kemungkinan ia bakal menggantikan model Jazz pada tahun 2021/22.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply