ARKIB

KATEGORI

Buletin

Percubaan perkhidmatan bas Perantara LRT Laluan T792 bermula – Akan dilaksana selama tiga bulan

Berita Tempatan

Views

Penyedia perkhidmatan bas awam Rapid KL di Kuala Lumpur dan Selangor, Rapid Bus baru-baru ini mengumumkan percubaan bagi perkhidmatan bas Perantara LRT Laluan T792 yang bakal dilaksanakan selama tiga bulan bermula 15 Oktober.

Projek eksperimen ini selaras dengan program transformasi perkhidmatan bas Rapid KL bagi menyediakan perkhidmatan berkelas dunia, yang bakal melihat Rapid Bus terus mengambil sikap pro-aktif dalam inisiatif-inisiatif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) bagi menjadikan perkhidmatan pengangkutan awam sebagai mod pilihan warga kota.

JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini

September lalu, Rapid Bus memperkenalkan projek percubaan tiga bulan untuk penggunaan bas midi untuk laluan Laluan T300 dan T304 di Ampang bagi memantapkan penyediaan ‘first mile connectivity’ di kawasan berkenaan. Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus, En. Muhammad Yazurin Sallij berkata, wawasan Rapid Bus adalah untuk menyediakan dan meningkatkan sambungan dan mobiliti untuk semua di Lembah Klang.

Justeru itu, pihaknya berharap inisiatif-inisiatif ini akan meletakkan mereka ‘one step closer’ untuk merealisasikan wawasan ini. Tambahnya, sokongan padu daripada Ahli Dewan Undangan Negeri Subang Jaya, YB Puan Michelle Ng Mei Sze dan komuniti Subang Jaya membolehkan projek ini berjalan dengan lancar. Berbeza dengan bas-bas Rapid KL yang lain, bas-bas yang akan digunakan bagi Laluan T792 akan menampilkan wajah baharu atau ‘bus wrapping’ supaya orang ramai boleh membezakan di antara bas Perantara LRT dan bas-bas lain.

JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini

Kata Muhammad Yazurin lagi, penjenamaan semula bagi bas Perantara LRT sebenarnya diilhamkan dari kejayaan bas Perantara MRT yang telah dapat menarik perhatian penduduk di sekitar jajaran MRT. Dengan visualnya yang khusus untuk bas Perantara LRT, ia membolehkan pengguna mengenal pasti bas yang akan ke stesen LRT.

Dengan itu, pengguna boleh menaiki bas ke stesen LRT yang terdekat dan menyambung perjalanan mereka dengan perkhidmatan rel. Lebih memudahkan jika pengguna menggunakan Pas Perjalanan Tanpa Had RM50 atau RM100 untuk perjalanan yang lancar dengan menggunakan satu mod pembayaran sahaja selain menawarkan penjimatan kepada pengguna.

Sepanjang tempoh tiga bulan perkhidmatan percubaan itu, Rapid Bus akan mengumpul dan menganalisis maklum balas serta data yang diperolehi. Menerusi data tersebut, mereka akan mengkaji pilihan yang sesuai untuk meningkatkan perkhidmatan bas Perantara LRT. Di samping itu, data ini juga akan membantu mereka pada masa akan datang untuk menentukan konfigurasi ‘fleet’ bas dan kekerapan perkhidmatan bagi kawasan Subang Jaya dan juga Lembah Klang secara amnya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply