Nampaknya Mat Bond begitu cergas memberikan kami maklumat-maklumat terbaharu mengenai perkembangan automotif semasa. Setelah berjaya membuat risikan di Honda dan Perodua, kini tiba pula giliran Proton. Menurut maklumat terbaharu yang telah diterimanya, ada desas-desus mengatakan model SUV kompak Proton X50 mungkin ditawarkan dalam tiga pilihan varian.
Namun perincian mengenai varian-varian itu tidak dinyatakan secara lebih lanjut. Dalam artikel terdahulu, kami telah membuat ramalan mengenai empat varian yang akan ditawarkan pada model X50.
Ramalan terdahulu kami adalah seperti berikut:
- Varian Standard – 1.5 liter Drive E + 7-kelajuan dwi-klac (DCT)
- Varian Executive – 1.5 liter Drive E + 7-kelajuan dwi-klac (DCT)
- Varian Premium (mungkin tanpa bumbung suria) – 1.5 liter Drive E + 7-kelajuan dwi-klac (DCT)
- Varian Sport (dengan bumbung suria) – 1.5 liter Drive E + 7-kelajuan dwi-klac (DCT)
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
Jika satu varian dikeluarkan dari senarai tersebut, kami jangka varian Premium atau Sport akan disatukan, dan susunannya adalah seperti berikut:
- Varian Standard – 1.5 liter Drive E + 7-kelajuan dwi-klac (DCT)
- Varian Executive – 1.5 liter Drive E + 7-kelajuan dwi-klac (DCT)
- Varian Premium/Sport (dengan bumbung suria) – 1.5 liter Drive E + 7-kelajuan dwi-klac (DCT)
Dalam artikel terdahulu juga kami membuat aggaran julat harga Proton X50 yang bermula dari RM75K++ (varian Standard) hingga RM95K++ (varian Sport). Mengikut maklumat terbaharu yang diperolehi, besar kemungkinan X50 varian Standard akan dijual pada harga bermula dari RM70K++ , diikuti varian Executive dari RM78K++ dan varian Premium/Sport RM90K++.
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?
Jika dilihat dari kekerapan penemuan unit ujian X50 pada ketika ini, besar kemungkinan Proton ingin mempercepatkan pengeluaran model tersebut dan jangkaan kami ia akan mula berada di pasaran sekitar separuh kedua tahun depan. Sebelum ini ada beberapa sumber mengatakan X50 akan diperkenalkan pada bulan Ogos 2020.
Model pemanduan sebelah kiri Geely Coolray (Geely Bin Yue@SX11) yang merupakan model asas kepada X50 telahpun dilancarkan di Filipina baru-baru ini. Ia didatangkan terus secara siap bina (CBU) dari China. Coolray dijana oleh enjin 1.5L Turbo Pancitan Terus (Drive E) yang menghasilkan 130kW kuasa dan 255 Nm daya kilas. Enjin ini disambungkan dengan kotak gear automatik dwi klac 7-kelajuan (7DCT).
Coolray turut didatangkan dengan pelbagai ciri pintar seperti bantuan pakir automatik sepenuhnya dengan kamera 360˚ yang membolehkan kenderaan ini dipakir secara selari dengan hanya menekan butang. Selain itu pengesan titik buta juga memastikan laluan selamat ketika menukar lorong atau membuka pintu. Kami pasti ciri-ciri ini juga akan ditawarkan pada varian tertinggi X50 nanti.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto hiasan
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji
KOMEN TERKINI