ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Opel Mokka ditemui lagi, kali ini bersama dengan Peugeot 2008 dan Citroën C4

Foto Intip

Views

Pihak Stellantis yang menjadi pemilik baharu NAZA Automotive Manufacturing Sdn Bhd kini semakin rancak menguji model-model baharunya.

Jika sebelum ini kami pernah menyiarkan foto intip Opel Mokka, sekali lagi unit ujian model tersebut berjaya dikesan bersama dengan dua lagi model SUV, Peugeot 2008 dan Citroën C4.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Trio model tersebut berjaya dikesan sekitar Shah Alam oleh paparazzi handalan dan rakan kami, Amir Zaheen Minhaj. Setakat ini masih belum diketahui bilakah ketiga-tiga model tersebut akan diperkenalkan di Malaysia.

Sebenarnya bukan model-model ujian ini sahaja pernah dikesan, model seperti trak pikap Peugeot Landtrek dan juga model sedan andalan, DS9 pernah kelihatan namun masih lagi belum muncul di pasaran.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Memandangkan 2021 akan berakhir dalam masa beberapa hari lagi, kami menjangkakan model-model tersebut hanya akan diperkenalkan secara berperingkat tahun depan.

Ada juga kemungkinan yang model-model ini tidak masuk pasaran Malaysia, akan tetapi dijual ke pasaran lain di rantau Asia Tenggara. Kita tunggu perkembangan selanjutnya dari semasa ke semasa.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Amir Zaheen Minhaj

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply