ARKIB

KATEGORI

Tular

Itu bampar belakang Persona MC2 ke?

Tular

Views

Semasa siaran langsung pelancaran X50 secara maya semalam, ketika itu Pengerusi Proton, Datuk Sri Syed Faisal Albar sedang memberi ucapan penghargaan kepada Geely, ada beberapa individ yang ber’mata helang’ berjaya mengesan imbasan rekaan bampar model Persona. Jika diteliti, ia bukanlah bampar pada model semasa kerana gaya reka bentuknya lebih mirip kepada bampar belakang model Saga.

JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers

Adakah reka bentuk bampar belakang ala Mercedes-Benz ini milik Persona MC2? Seperti yang pernah kami siarkan dalam artikel-artikel terdahulu, unit ujian model berkenaan kini sedang rancak diuji. Selain itu, bentuk jeriji yang menampilkan elemen busur (Ethereal Bow) turut kelihatan pada salah satu monitor komputer.

Kami pernah menyiarkan artikel foto intip Persona MC2 dari jarak dekat yang memperlihatkan rekaan jeriji depan seperti model X50. Mungkinkah imej yang terpapar pada monitor tersebut jeriji rekaan baharu Persona MC2? Itu kami tidak pasti.

JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…

Persona MC2 dikatakan akan mengalami perubahan kosmetik kecil terutama pada rekaan bampar depan dan belakang serta beberapa penambahbaikan di bahagian dalaman termasuk skrin jenis terapung baharu pada papan pemuka dan juga pelaras pendingin hawa jenis digital.

Ada yang mengatakan Proton akan menukar transmisi CVT kepada jenis  4-kelajuan automatik, namun ada juga yang berkata Proton akan mengekalkan transmisi sedia ada. Apa yang pasti model ini akan dilancarkan bersama Iriz MC2 dan juga sebuah versi crossover dari model hatchback kompak itu pada tahun depan.

Kita nantikan info yang selanjutnya!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…
JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply