ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Proton mula menguji X70 MC2, versi kembar Geely Boyue Pro ke?

Foto Intip

Views

Ini mungkin kali pertama kelibat unit ujian terbaharu Proton X70 versi facelift 2023 (X70 MC2) keluar di jalan raya dan berjaya dikesan oleh orang awam.

Beberapa foto unit ujian X70 MC2 yang dilitupi pelekat celoreng penyamaran pada beberapa bahagian telah berjaya dirakam oleh warganet bernama, Fakhri Abdullah pada 15 Julai lalu.

Walaubagaimanapun, Fakhri hanya sempat merakam foto bahagian belakangnya sahaja buat masa ini. Besar kemungkinan bahagian depannya turut dilitupi dengan pelekat celoreng penyamaran yang sama.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Jika diperhatikan, pelekat celoreng penyamaran yang ditampal pada bahagian bampar belakang unit ujian X70 MC2 itu cuba menyembunyikan rekaan bampar yang kelihatan mirip, Geely Boyue Pro.

Adakah X70 MC2 merupakan ‘versi kembar’ kepada Boyue Pro? Versi ini telah pun dilancarkan di China pada 2019 dengan menampilkan reka bentuk luaran yang sedikit berbeza berbanding dengan model semasa Boyue/X70 pada ketika itu.

Unit ujian ini pula dilihat masih mengekalkan reka bentuk lampu belakang yang sama dengan model semasa X70, sedangkan Boyue Pro menggunakan lampu belakang yang berbeza. Selain perubahan kosmetik luaran, Boyue Pro turut menampilkan rekaan papan pemuka serba baharu.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Baru-baru ini, Proton telah memperkenalkan varian baharu bagi model X70, iaitu 1.5 TGDi Premium X. Varian ini didatangkan dengan pilihan warna Space GreySnow White, dan warna eksklusif baharu iaitu, Quartz Black (untuk tempoh terhad sahaja).

Ia dijual pada harga atas jalan RM126,800 tidak termasuk insurans. Berbalik kepada X70 MC2, setakat ini belum ada maklumat terkini yang kami perolehi daripada ejen perisik Mat Bond.

Di negara asalnya iaitu China, Boyue Pro ditawarkan dengan pilihan enjin 1.8TGDI dan 1.5TGDI yang menepati tahap piawaian emisi enam.

Enjin 1.8TGDI mampu menjana 184 kuasa kuda dengan daya kilas puncak 300 Nm dan dipadankan bersama kotak gear 7-kelajuan dwi-klac (DCT). Enjin 1.5TGDI tiga silinder pula digandingkan bersama transmisi 6-kelajuan automatik manual.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Fakhri Abdullah

Foto kredit Geely Boyue Pro

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply